Page 39 - BPA_KPTM_2022_new
P. 39

9.4.4.3  Pegawai/ pensyarah yang                   PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
                mensabitkan pelajar terbabit.
                                               menganggotai JKRTAP yang

       9.4.4.4  Pegawai/ Pensyarah yang mempunyai talian persaudaraan
                dengan pelajar tersebut.

9.4.5  Korum untuk prosedur tatatertib terdiri dari minimum tiga (3) orang
       termasuk Pengerusi.

9.4.6  Dalam mempertimbangkan sesuatu rayuan dibuat kepadanya, JKRTAP
       boleh:

       9.4.6.1 Menerima rayuan dan membatalkan hukuman; atau

       9.4.6.2 Menolak rayuan dan mengekalkan hukuman; atau

       9.4.6.3 Mengurangkan hukuman; atau

       9.4.6.4 Menolak rayuan dan menambah hukuman yang dikenakan; atau

       9.4.6.5  Menolak rayuan dan menggantikan hukuman yang dikenakan oleh
                JKTAP kepada satu hukuman yang difikirkan lebih wajar.

9.4.7 Sebarang keputusan yang dibuat oleh JKRTAP adalah muktamad.

9.5 Prosedur Tatatertib JKRTAP

9.5.1  Di mana rayuan terhadap keputusan JKTAP dibolehkan, seseorang pelajar
       boleh mengemukakan rayuan secara bertulis terhadap keputusan tersebut
       dalam tempoh tidak lebih dari tiga (3) hari bekerja dari tarikh keputusan
       rasmi JKTAP dimaklumkan kepada pelajar.

9.5.2  Pemanggilan perayu untuk mendengar rayuan perlulah dibuat melalui satu
       notis secara bertulis dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh
       pendengaran rayuan.

9.5.3 Notis pendengaran rayuan hendaklah menyatakan dan menyertakan:

       9.5.3.1  Pertuduhan dan perkara yang dilanggar oleh pelajar dalam
                Peraturan Akademik;

       9.5.3.2  Tarikh, waktu dan tempat di mana pelanggaran Peraturan
                Akademik berlaku;

       9.5.3.3  Tarikh, waktu dan tempat di mana perbicaraan akan
                dilangsungkan;

       9.5.3.4  Kebenaran pelajar memanggil mana-mana saksi atau
                mengemukakan apa-apa dokumen pembelaan dirinya;

       9.5.3.5  Salinan Keputusan JKTAP, sebab keputusan dibuat dan nota
                perbicaraan JKTAP; dan

                                                                                        | 38
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44