Page 42 - BPA_KPTM_2022_new
P. 42

10.3.2.2                                                                  PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

                  CGPA terakhir sekurang-kurangnya 2.00 atau purata markah
                  sekurang-kurangnya 40% bagi program yang tidak
                  menggunakan kiraan CGPA.

10.3.3 Penilaian Akhir Bagi Pengurniaan Aegrotat/ Posthumous

        10.3.3.1  Bagi pelajar yang telah memenuhi syarat kelayakan untuk
                  melaksanakan penilaian akhir, tetapi terhalang disebabkan
                  masalah kesihatan atau hilang upaya kekal, Senat boleh dalam
                  keadaan tertentu memberi Pengurniaan Aegrotat dengan syarat
                  tiada kiraan CGPA atau markah purata diambil kira.

        10.3.3.2  Pengarah Kampus Cawangan perlu membentangkan kepada Senat
                  laporan pencapaian calon di dalam program pengajian dan
                  membuktikan tanpa keraguan yang munasabah bahawa calon
                  tersebut dianggap layak untuk memperolehi diploma atau ijazah.

        10.3.3.3 Sekiranya Senat mendapati ianya wajar, calon tersebut dianggap
                       telah lulus dan memenuhi syarat pengurniaan Aegrotat.

10.3.4  Calon hanya boleh dikurniakan Aegrotat sekali sahaja bagi setiap tahap
        pengajian.

10.3.5 Laporan perubatan

        10.3.5.1  Dalam semua kes, masalah kesihatan tersebut perlu dilaporkan
                  kepada Bahagian Akademik seawal yang mungkin dan
                  pengurniaan Aegrotat tersebut tidak boleh dipertimbangkan
                  sekiranya laporan dibuat melebihi tempoh 48 jam selepas
                  penilaian tamat. Bahagian Akademik boleh mengarahkan calon
                  untuk diperiksa oleh doktor panel yang dilantik oleh kolej dan
                  membentangkan keputusan laporan kesihatan kepada Senat.

        10.3.5.2 Bayaran fi pemeriksaan kesihatan perlu dijelaskan oleh calon
                       tersebut.

10.4 Penarikan Balik Pengurniaan Akademik (Revocation of Award)

Senat berhak menarik semula pengurniaan diploma atau ijazah kepada graduan
berdasarkan sebab yang kukuh. Antara sebab yang membolehkan pengurniaan
akademik kepada graduan ditarik semula adalah:

10.4.1  Setelah siasatan dilakukan ke atasnya, terbukti penipuan telah berlaku
        iaitu pencapaian akademiknya diperolehi dengan cara yang tidak jujur
        (penipuan dan plagiat).

10.4.2 Wujud keraguan munasabah dan terbukti sahih perkara 10.4.1.

                                                                                                                | 41
   37   38   39   40   41   42   43   44   45