Page 36 - BPA_KPTM_2022_new
P. 36
PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
9.0 PROSEDUR TATATERTIB
9.1 Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar (JKTAP)
9.1.1 Pelajar yang dituduh melakukan sebarang kesalahan di bawah Peraturan
Akademik ini akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib Akademik
Pelajar (JKTAP) untuk dibicarakan.
9.1.2 Setiap Kampus Cawangan hendaklah mewujudkan satu JKTAP bagi
membicarakan kes-kes berkaitan dengan tuduhan salah laku akademik
terhadap pelajar di bawah peraturan-peraturan ini.
9.1.3 Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah dilantik oleh Ketua Pegawai
Eksekutif dan terdiri daripada:
- Timbalan Pengarah Akademik - Pengerusi
- Ketua Jabatan Akademik 1 - Ahli
- Pensyarah 1 – Ahli
- Pensyarah 2 – Ahli
- Pensyarah 3 – Ahli
- Pegawai Hal Ehwal Pelajar 1 - Ahli
- Pegawai/Pensyarah yang dilantik - Setiausaha
Kaunselor boleh dijemput hadir untuk menghadiri perbicaraan.
9.1.4 Pegawai atau pensyarah berikut tidak boleh menjadi ahli atau Pengerusi
semasa mesyuarat:
9.1.4.1 Pensyarah yang mengajar kursus yang didakwa berlakunya
ketidakjujuran tersebut.
9.1.4.2 Pegawai/ Pensyarah yang membuat aduan kesalahan
ketidakjujuran akademik pelajar tersebut.
9.1.4.3 Pegawai/ Pensyarah yang mempunyai talian persaudaraan
dengan pelajar tersebut.
9.1.5 Pengerusi boleh menurunkan kuasa secara rasmi kepada mana-mana ahli
JKTAP sekiranya beliau tidak dapat menjalankan tugas disebabkan oleh
perkara 9.1.4.
9.1.5 Korum untuk perbicaraan tatatertib adalah minimum tiga (3) orang termasuk
Pengerusi.
9.2 Bidang Kuasa Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar
9.2.1 Jawatankuasa ini berkuasa membicarakan pelajar yang dituduh melakukan
mana-mana kesalahan akademik seperti yang termaktub dalam Peraturan
Akademik ini.
9.2.2 Jawatankuasa berkuasa mengenakan apa-apa hukuman seperti yang
dinyatakan dalam perkara 8.2, yang difikirkan wajar dan munasabah ke
atas seorang pelajar yang telah disabitkan kesalahannya.
| 35