Page 38 - BPA_KPTM_2022_new
P. 38
9.3.7 PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
Pelajar yang telah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman
boleh membuat rayuan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh
pelajar dimaklumkan keputusan tersebut. Sekiranya pelajar gagal/
enggan/ cuai untuk membuat rayuan maka:
9.3.7.1 hukuman hendaklah dilaksanakan; dan
9.3.7.2 tiada lagi sebarang rayuan yang boleh dibuat oleh pelajar.
9.3.8 Setiap rayuan pelajar terhadap keputusan JKTAP hendaklah secara
automatik menangguhkan pelaksanaan keputusan tersebut.
9.4 Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Akademik Pelajar (JKRTAP)
9.4.1 Setiap Kolej hendaklah mewujudkan satu jawatankuasa yang dipanggil
Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Akademik Pelajar (JKRTAP) untuk tujuan:
9.4.1.1 Mendengar dan memutuskan rayuan yang dikemukakan oleh
pelajar atau Kolej terhadap keputusan dalam satu-satu kes yang
telah dibuat oleh JKTAP; dan
9.4.1.2 Mendengar, mempertimbang serta memutuskan 'Rayuan
Kemasukan Semula' oleh pelajar yang telah gagal dalam satu-satu
Peperiksaan Akhir dan diberhentikan pengajian menurut
peruntukan di bawah perkara 7.1.
9.4.2 JKRTAP Kampus Cawangan hendaklah dipengerusikan oleh Pengarah atau
pegawai lain yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
9.4.3 Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah dilantik oleh Ketua Pegawai
Eksekutif dan terdiri daripada;
- Pengarah/Pegawai yang dilantik - Pengerusi
oleh Ketua Pegawai Eksekutif
- Ahli
- Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar - Ahli
/Ketua Jabatan Akademik 2 - Ahli
- Ahli
- Pegawai Hal Ehwal Pelajar 2 - Ahli
- Pensyarah 4 - Setiausaha
- Pensyarah 5
- Pensyarah 6
- Pegawai/ Pensyarah yang Dilantik
Kaunselor boleh dijemput hadir untuk menghadiri perbicaraan.
9.4.4 Pegawai atau pensyarah berikut tidak boleh menjadi ahli atau Pengerusi
semasa mesyuarat:
9.4.4.1 Pensyarah yang mengajar kursus yang didakwa berlakunya
ketidakjujuran akademik tersebut.
9.4.4.2 Pegawai/ pensyarah yang membuat aduan kesalahan
ketidakjujuran akademik pelajar tersebut.
| 37