Page 35 - BPA_KPTM_2022_new
P. 35

PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

8.0 KETIDAKJUJURAN AKADEMIK

8.1 Pelajar dianggap melakukan ketidakjujuran akademik sekiranya:
          8.1.1 Dalam tugasan akademik

       8.1.1.1  Menciplak/ memplagiat iaitu meniru atau mengutip frasa, idea,
                atau maklumat orang lain tanpa mengiktiraf atau menyatakan
                sumber asal.

       8.1.1.2  Mereka-reka/ mengada-adakan frasa, idea atau maklumat dari
                sesuatu sumber sedangkan sumber tersebut tidak menyatakan
                sedemikian.

       8.1.1.3 Bersubahat dalam menciplak/ memplagiat tugasan akademik.

8.1.2 Semasa ujian dan peperiksaan

       8.1.2.1  Membawa masuk atau menggunakan atau cuba menggunakan
                sebarang bahan rujukan yang dilarang di tempat peperiksaan.

       8.1.2.2 Meniru, percubaan meniru atau bersubahat memberi tiru.

       8.1.2.3  Melanggar mana-mana Peraturan Peperiksaan yang telah
                ditetapkan.

8.1.3  Dalam tempoh pengajian, mengemukakan sijil sakit palsu, maklumat palsu,
       dokumen palsu atau dokumen yang mengandungi tandatangan palsu.

8.2 Pelajar yang disabitkan dengan kesalahan seperti di perkara 8.1 boleh dikenakan
          tindakan berikut:

8.2.1 Dikenakan denda tidak melebihi RM500.00; atau

8.2.2 Digagalkan kursus yang berkaitan; atau

8.2.3 Digantung pengajian untuk satu (1) hingga dua (2) semester; atau

8.2.4 Diberhentikan pengajian; atau

8.2.5 Apa-apa bentuk hukuman yang difikirkan wajar; atau

8.2.6 Mana-mana kombinasi hukuman di atas.

8.3 Pelajar yang didapati bersalah melakukan ketidakjujuran akademik yang berulang
          hendaklah dihukum dengan hukuman yang lebih berat dari hukuman kesalahan
          terdahulu.

                                                                                     | 34
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40