Page 34 - BPA_KPTM_2022_new
P. 34
7.1.6 PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
Rayuan untuk meneruskan pengajian hanya boleh dibuat satu (1) kali
sahaja sepanjang tempoh pengajian.
7.1.7 Bagi permohonan TMT dan WFC yang diluluskan, tempoh pengajian semasa
TMT atau WFC diambil kira sebagai tempoh pengajian.
7.2 Rayuan Semakan Keputusan Penilaian Akhir
7.2.1 Rayuan Penyemakan Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir
Pelajar boleh membuat rayuan penyemakan skrip jawapan Peperiksaan
Akhir bagi setiap kertas jawapan.
7.2.2 Rayuan Penyemakan Gred Kursus Yang Tiada Peperiksaan Akhir
Pelajar boleh membuat rayuan untuk menyemak markah Penilaian Akhir
bagi kursus yang tiada Peperiksaan Akhir.
7.2.3 Syarat Permohonan Rayuan Semakan Keputusan Penilaian Akhir
7.2.3.1 Rayuan perkara 7.2.1 dan 7.2.2 hendaklah menggunakan
Borang Rayuan Semakan Markah Penilaian Akhir KPTM dan
perlu dikemukakan kepada Pengarah/ TPA dalam tempoh
tiga (3) hari bekerja selepas keputusan peperiksaan
diumumkan secara rasmi.
7.2.3.2 Yuran proses sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan) akan
dikenakan bagi setiap kursus.
7.2.3.3 Keputusan rayuan adalah muktamad.
7.2.3.4 Rayuan penyemakan semula keputusan untuk Peperiksaan
Gantian tidak dibenarkan.
{Ruangan ini sengaja dikosongkan}
| 33