Page 41 - BPA_KPTM_2022_new
P. 41

PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

10.0 PENGURNIAAN SIJIL, DIPLOMA DAN IJAZAH

10.1 Kelayakan Pengurniaan

10.1.1  Pelajar yang tamat bergraduat layak dikurniakan skrol diploma setelah
        memenuhi syarat-syarat berikut:

        10.1.1.1 Memenuhi semua syarat dan keperluan kolej; dan

        10.1.1.2 Diperakukan oleh Senat.

        10.1.1.3 Program Usahasama & Profesional

        Pelajar layak dikurniakan skrol diploma/ ijazah sarjana muda
        setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh institusi
        usahasama.

10.1.2  Pelajar yang telah tamat pengajian diberi tempoh selama tiga (3) bulan
        selepas makluman pengambilan skrol dikeluarkan oleh pihak kolej
        untuk berbuat demikian. Bayaran perkhidmatan sebanyak RM100.00
        akan dikenakan kepada pelajar jika menuntut skrol melebihi tempoh
        tersebut.

10.1.3  Pihak kolej tidak menyediakan salinan skrol. Pihak kolej hanya
        menyediakan Surat Pengesahan Pengurniaan Diploma atau Ijazah untuk
        tujuan penggantian kepada skrol yang telah hilang atau rosak. Bayaran
        Perkhidmatan sebanyak RM50.00 dikenakan untuk pengeluaran Surat
        Pengesahan Pengurniaan Diploma atau Ijazah.

10.2 Pengambilan Transkrip

10.2.1  Transkrip boleh dituntut oleh pelajar setelah disahkan bergraduat oleh
        Senat.

10.2.2  Cetakan semula transkrip hanya boleh dikeluarkan kepada graduan yang
        telah bergraduat dengan caj perkhidmatan sebanyak RM50.00 bagi
        setiap cetakan.

10.2.3  Pelajar yang berhenti atau diberhentikan dari KPTM boleh memohon
        penyata keputusan semester (semester result slip) dengan kadar bayaran
        sebanyak RM50.00.

10.3 Pengurniaan Aegrotat/ Posthumous

10.3.1  Pelajar yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya 70% kredit program
        pengajian atas sebab perubatan, hilang upaya atau kematian, dalam
        keadaan tertentu, boleh dipertimbangkan oleh Senat untuk pemberian
        Anugerah Aegrotat/ Posthumous.

10.3.2  Pengurniaan Aegrotat/ Posthumous adalah tertakluk kepada syarat-syarat
        berikut:

        10.3.2.1 Pelajar yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya 70% kredit
                       program dalam struktur pengajian yang telah didaftarkan.

                                                                                 | 40
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45