Page 40 - BPA_KPTM_2022_new
P. 40

9.5.3.6                                                                        PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

                      Satu kenyataan bahawa pendengaran rayuan, keputusan dan
                      hukuman boleh dijatuhkan ke atas pelajar sekiranya dia gagal/
                      enggan/ cuai untuk hadir ke perbicaraan berkenaan.

9.5.4  Pendengaran rayuan boleh dijalankan tanpa kehadiran perayu. Sekiranya
       JKRTAP berpuas hati dengan bukti-bukti yang dikemukakan, JKRTAP boleh
       membuat keputusan seperti yang diperuntukkan di bawah perkara 9.4.6 di
       atas.

9.5.5  Keputusan JKRTAP hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada perayu
       dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah keputusan dibuat.

9.5.6 Keputusan JKRTAP adalah muktamad.

9.6 Keputusan dan Nota Perbicaraan

9.6.1  Setiap keputusan JKTAP dan JKRTAP hendaklah dinyatakan dengan terang
       hukuman dan sebab-sebab hukuman dijatuhkan.

9.6.2  JKTAP dan JKRTAP hendaklah membuat nota bertulis mengenai
       perbicaraan tatatertib di hadapannya tetapi nota itu tidak perlu dibuat
       kata demi kata.

9.6.3  Satu daftar nota perbicaraan ini hendaklah diwujudkan oleh Pengerusi
       jawatankuasa berkenaan dan diletakkan di bawah jagaan:

       9.6.3.1 Timbalan Pengarah Akademik Kampus Cawangan bagi JKTAP; dan

       9.6.3.2 Pengarah Kampus Cawangan bagi JKRTAP.

9.7 Pembayaran Denda

9.7.1  Jika JKTAP atau JKRTAP mengenakan denda ke atas pelajar, maka tempoh
       masa denda itu perlu dibayar hendaklah dinyatakan. Pelajar berkenaan
       hendaklah membayar denda tersebut terus kepada Bahagian Kewangan
       Kampus Cawangan berkenaan.

9.7.2  Sekiranya pelajar enggan/ gagal/ cuai untuk membayar denda hukuman,
       pelajar boleh dihalang untuk mendaftar pengajian dalam semester
       berikutnya.

9.8 Anggapan Pengemukaan Dokumen

9.8.1  Mana-mana dokumen yang perlu dikemukakan kepada pelajar seperti kertas
       pertuduhan dan keputusan perbicaraan hendaklah dianggap telah
       dikemukakan kepada pelajar sekiranya dokumen tersebut dihantar kepada
       alamat kediaman dan/ atau emel pelajar yang tertera dalam fail pelajar
       atau sistem maklumat pelajar.

9.8.2  Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengemas kini alamat
       mereka dari semasa ke semasa.

                                                                                                                    | 39
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45