Page 43 - BPA_KPTM_2022_new
P. 43

PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

11.0 PENGANUGERAHAN

11.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik Senat

11.1.1 Anugerah Dekan

Pelajar sepenuh masa yang memperoleh GPA 3.50 dan ke atas bagi bidang
teknikal atau GPA 3.75 dan ke atas dalam bidang bukan teknikal dalam
programnya pada mana-mana semester akan dianugerahkan dengan sijil
Anugerah Dekan jika memenuhi syarat-syarat berikut:

11.1.1.1 Mengambil dan melengkapkan penilaian untuk kursus yang
               berjumlah sekurang-kurangnya 12 kredit;

11.1.1.2 Mendapat tidak kurang daripada gred B bagi semua kursus yang
               telah diambil dalam semester berkenaan;

11.1.1.3 Tidak mengulang mana-mana kursus dalam semester berkenaan;
               dan

11.1.1.4  Tidak pernah disabitkan dengan apa-apa tindakan disiplin oleh
          Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Kolej (JKTP) atau Jawatankuasa
          Tatatertib Akademik Pelajar (JKTAP) pada semester berkenaan.

11.1.1.5 Program Usahasama Dan Profesional

          i) Anugerah adalah tertakluk kepada kriteria ketetapan
                institusi usahasama.

          ii) Program yang tidak menggunakan pengiraan GPA, markah
                purata tujuh puluh peratus (70%) atau lebih akan diterima
                sebagai kelayakan Anugerah Dekan.

11.1.2 Anugerah Senat

Pelajar sepenuh masa dalam mana-mana sesi pengajian serta memenuhi
syarat kredit minima seperti perkara 3.3.3 di atas KECUALI pelajar yang
menjalani Latihan Industri dan tidak pernah disabitkan dengan apa-apa
tindakan disiplin oleh JKTP atau JKTAP akan diberi Anugerah Senat
sekiranya mencapai mana-mana satu syarat berikut:

11.1.2.1 Memperoleh GPA 4.00; atau

11.1.2.2  Memperoleh markah sekurang-kurangnya 70% dalam semua
          kursus yang diambil bagi program yang tidak menggunakan
          pengiraan GPA; atau

11.1.2.3 Mendapat sekurang-kurangnya dua (2) distinction bagi program
               usahasama/ profesional.

                                                                           | 42
   38   39   40   41   42   43   44   45