Page 44 - BPA_KPTM_2022_new
P. 44

PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

11.1.3 Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif

Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif akan diberi kepada pelajar yang
layak dan menepati kriteria berikut:

11.1.3.1 Telah tamat bergraduat dalam tempoh pengajian minima yang
               ditetapkan; dan

11.1.3.2 Berjaya memperoleh Anugerah Dekan pada setiap sesi pengajian.

11.1.4 Anugerah Khas Pengerusi KPTM

Anugerah Khas Pengerusi KPTM akan diberi kepada pelajar yang layak dan
menepati kriteria berikut:

11.1.4.1 Telah tamat bergraduat dengan memperoleh CGPA 4.00 dalam
               tempoh pengajian minima yang ditetapkan; atau

11.1.4.2 Markah purata bergraduat sekurang-kurangnya 80 bagi program
               yang tidak menggunakan pengiraan CGPA.

11.2 Anugerah Kecemerlangan Akademik Konvokesyen

11.2.1 Anugerah Pingat Emas

Anugerah Pingat Emas akan diberi kepada pelajar yang layak dan menepati
kriteria berikut:

11.2.1.1 Telah tamat bergraduat dalam tempoh pengajian minima yang
               ditetapkan;

11.2.1.2  Merupakan pelajar yang mempunyai pencapaian akademik terbaik
          dari senarai bergraduat sesuatu program pada sesi konvokesyen
          berkenaan;

11.2.1.3 Tidak pernah disabitkan dengan apa-apa tindakan disiplin oleh
               JKTP atau JKTAP; dan

11.2.1.4 Tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Senat.

11.2.2 Anugerah Platinum

              Anugerah Platinum akan diberi kepada pelajar yang layak dan menepati
              kriteria berikut:

              11.2.2.1 Calon adalah terbuka kepada pelajar yang telah tamat bergraduat
                             dalam tempoh pengajian minima yang ditetapkan;

              11.2.2.2 Mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.75 bagi program diploma
                             atau Kelas Pertama bagi program Ijazah; dan

              11.2.2.3 Cemerlang dalam bidang kokurikulum.

11.2.3 Penerima anugerah mestilah telah menjelaskan semua yuran yang ditetapkan.

                                                                                        | 43
   39   40   41   42   43   44   45