Page 37 - BPA_KPTM_2022_new
P. 37
PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
9.3 Prosedur Tatatertib Akademik Pelajar
9.3.1 Setelah menerima laporan, Pengerusi JKTAP berkuasa menentukan sama
ada terdapat cukup bukti untuk mengadakan satu kes prima facie terhadap
pelajar yang dituduh.
9.3.2 Sekiranya Pengerusi JKTAP berpendapat terdapat satu kes prima facie
telah dibuktikan terhadap pelajar yang dituduh, maka beliau akan
memulakan prosedur tatatertib terhadap pelajar yang dituduh dengan:
9.3.2.1 Menetapkan tarikh bicara.
9.3.2.2 Memanggil mesyuarat JKTAP.
9.3.2.3 Mengeluarkan kertas pertuduhan bagi memanggil pelajar
membela diri.
9.3.3 Kertas pertuduhan perlulah dikemukakan kepada pelajar dalam tempoh
tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kesalahan dilaporkan kepada pengerusi
JKTAP.
9.3.4 Kertas pertuduhan hendaklah menyatakan;
9.3.4.1 Pertuduhan dan perkara yang dilanggar oleh pelajar dalam
Peraturan Akademik;
9.3.4.2 Tarikh, waktu dan tempat di mana pelanggaran Peraturan
Akademik berlaku;
9.3.4.3 Tarikh, waktu dan tempat di mana perbicaraan akan
dilangsungkan;
9.3.4.4 Kebenaran pelajar memanggil mana-mana saksi atau
mengemukakan apa-apa dokumen pembelaan dirinya;
9.3.4.5 Satu kenyataan bahawa keputusan dan hukuman boleh
dijatuhkan ke atas pelajar sekiranya dia enggan/ gagal/ cuai
untuk hadir ke perbicaraan berkenaan.
9.3.5 JKTAP boleh membuat keputusan dan mengenakan hukuman tanpa
kehadiran pelajar sekiranya JKTAP berpuas hati dengan bukti-bukti yang
dikemukakan dan tarikh perbicaraan telah dimaklumkan kepada pelajar
tetapi pelajar tanpa alasan yang munasabah enggan/ gagal/ cuai untuk
menghadiri perbicaraan.
9.3.6 Keputusan JKTAP hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pelajar
dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah keputusan dibuat. Sekiranya
JKTAP gagal/ enggan/ cuai untuk memaklumkan kepada pelajar keputusan
perbicaraan dalam tempoh lima (5) hari bekerja, maka sebarang keputusan
atau hukuman JKTAP hendaklah terbatal.
| 36