Page 33 - BPA_KPTM_2022_new
P. 33
PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
7.0 RAYUAN AKADEMIK
Pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh dalam sesi pengajian
dibenarkan membuat rayuan seperti berikut:
i) Rayuan meneruskan pengajian.
ii) Rayuan semakan keputusan peperiksaan akhir.
7.1 Rayuan Meneruskan Pengajian
Pelajar yang telah memperoleh status Gagal Berhenti (DIS) atau Gugur Taraf (TMT)
atau Gugur Nama (WFC) dalam sesi pengajian boleh membuat rayuan untuk
meneruskan pengajian sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
7.1.1 Rayuan Pelajar Status Gagal Berhenti (DIS)
7.1.1.1 Mata Kekurangan tidak melebihi 12.
7.1.1.2 Rayuan hendaklah dikemukakan secara rasmi kepada
Pengarah dalam tempoh 14 hari bagi semester biasa dan
tujuh (7) hari bagi semester pendek selepas keputusan
diumumkan secara rasmi.
7.1.1.3 Yuran proses sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan) akan
dikenakan.
7.1.2 Rayuan Pelajar Status Gugur Taraf (TMT)
7.1.2.1 Rayuan hendaklah dikemukakan secara rasmi kepada
Pengarah dalam tempoh 14 hari bagi semester biasa dan
tujuh (7) hari bagi semester pendek dari tarikh surat
pemakluman dikeluarkan.
7.1.2.2 Selepas rayuan diterima, pelajar akan dikenakan yuran proses
kemasukan semula RM100.00 dan denda pendaftaran lewat
RM300.00.
7.1.3 Rayuan Pelajar Status Gugur Nama (WFC)
7.1.3.1 Rayuan hendaklah dikemukakan secara rasmi kepada
Pengarah dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat
pemakluman dikeluarkan.
7.1.3.2 Yuran proses permohonan rayuan kemasukan semula sebanyak
RM100.00 (tidak dikembalikan) akan dikenakan.
7.1.4 Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar perlu mematuhi perkara 3.4
mengikut tarikh pendaftaran yang dinyatakan dalam surat kelulusan
rayuan.
7.1.5 Setiap permohonan rayuan akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh
JKRTAP. Sebarang keputusan yang dibuat adalah muktamad.
| 32