Page 32 - BPA_KPTM_2022_new
P. 32

PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

6.3.3 Peperiksaan Semula

       6.3.3.1  Senat berhak mengarahkan Peperiksaan Semula diadakan
                sekiranya berlaku kebocoran soalan Peperiksaan Akhir.

       6.3.3.2 Tarikh Peperiksaan Semula akan ditetapkan oleh Senat.

6.3.4  Semua peperiksaan bagi perkara 6.3 tidak terpakai bagi pelajar dalam
       mana-mana kategori berikut:

       6.3.4.1 Disabitkan dengan ketidakjujuran akademik (perkara 9.1).

       6.3.4.2 Memperolehi status ‘ABX’ pada keputusan Peperiksaan Akhir.

       6.3.4.3 Memperolehi status ‘BAR’ pada keputusan Peperiksaan Akhir.

6.4 Keperluan Khusus Pelajar Istimewa

6.4.1  Pelajar Istimewa adalah pelajar kategori berikut dengan bukti dokumen
       sokongan yang sah:

       6.4.1.1  Orang Kelainan Upaya (rabun atau kecacatan melibatkan anggota
                menulis).

       6.4.1.2 Kecederaan anggota badan.

       6.4.1.3 Dijangkiti penyakit berjangkit.

6.4.2  Pelajar akan dibekalkan dengan kertas soalan Peperiksaan Akhir yang khas,
       Jurutulis (staf bukan akademik) atau disediakan bilik/ meja khas mengikut
       keperluan pelajar.

       Pelajar perlu menyediakan sendiri alat bantuan selain yang dinyatakan di
       atas.

6.4.3 Tambahan masa peperiksaan dibenarkan.

6.4.4 Perkara 6.4.2 dan 6.4.3 tertakluk kepada kelulusan Pengarah/ TPA.

                {Ruangan ini sengaja dikosongkan}

                                                                                  | 31
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37