Page 31 - BPA_KPTM_2022_new
P. 31
6.3.1.6 PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
Pelajar yang tidak dapat hadir menduduki Peperiksaan Khas
yang dijadualkan atas sebab kesihatan atau lain-lain sebab yang
munasabah perlu mengemukakan dokumen sokongan dan
mendapat kebenaran Pengarah/ TPA.
Permohonan daripada pelajar atau waris perlu dikemukakan
dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah tamat peperiksaan
kursus berkenaan.
Pelajar akan diberi status ‘ABY’ serta perlu mengulang semula
kursus tersebut.
6.3.1.7 Pelajar yang gagal memenuhi perkara 6.3.1.6 akan diberi status
‘ABX’.
6.3.1.8 Tiada sebarang yuran proses dikenakan.
6.3.2 Peperiksaan Ulangan
6.3.2.1 Peperiksaan Ulangan boleh diadakan merangkumi perkara-
perkara berikut:
i) Kursus yang berdaftar pada semester semasa dan
mempunyai Peperiksaan Akhir.
ii) Penawaran Peperiksaan Ulangan sesuatu kursus tertakluk
kepada kelulusan Dekan.
iii) Pelajar telah menduduki Peperiksaan Akhir bagi kursus
tersebut.
iv) Markah Peperiksaan Ulangan hanya menggantikan markah
Peperiksaan Akhir semester semasa tanpa mengubah
markah penilaian berterusan.
v) Gred yang diperolehi adalah gred yang TERKINI dan
MUKTAMAD.
vi) Pelajar tidak disabitkan dengan kesalahan di bawah perkara
9.1.
6.3.2.2 Pelajar perlu mengemukakan Borang Permohonan Peperiksaan
Ulangan beserta dokumen sokongan kepada Pengarah/ TPA
dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas keputusan rasmi
Peperiksaan Akhir diumumkan.
6.3.2.3 Peperiksaan Ulangan akan diadakan pada suatu tarikh yang
ditetapkan oleh Senat.
6.3.2.4 Yuran proses ialah sebanyak RM300.00 (tidak dikembalikan)
untuk setiap kursus.
| 30