Page 30 - BPA_KPTM_2022_new
P. 30
PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
6.3 Peperiksaan Gantian
Peperiksaan Gantian merangkumi Peperiksaan Khas, Peperiksaan Ulangan dan
Peperiksaan Semula.
6.3.1 Peperiksaan Khas
6.3.1.1 Peperiksaan Khas boleh diadakan merangkumi perkara-perkara
berikut:
i) Pelajar yang jatuh sakit semasa Peperiksaan Akhir dan
mendapat Sijil Cuti Sakit daripada Pegawai Perubatan. Sijil
cuti sakit asal perlu diserahkan kepada Bahagian Akademik
selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja setelah peperiksaan
kursus berkenaan tamat.
ii) Pelajar yang menghadapi bencana alam.
iii) Pelajar yang kematian ahli keluarga terdekat.
iv) Pelajar yang perlu memberi penjagaan rapi kepada waris
(ibu bapa/ suami/ isteri/ anak) yang mengalami sakit
tenat.
v) Sebab-sebab lain yang boleh diterima pihak Kolej dan
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah/ TPA.
6.3.1.2 Permohonan menduduki Peperiksaan Khas hendaklah
dikemukakan oleh pelajar secara bertulis dengan mengisi
Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Khas beserta
dokumen sokongan kepada Pengarah/ TPA dalam tempoh tiga
(3) hari bekerja selepas peperiksaan akhir kursus tersebut
tamat.
6.3.1.3 Sekiranya pelajar gagal memenuhi syarat perkara 6.3.1.2 di
atas, pelajar berkenaan akan diberi status 'ABX' dengan nilai
gred 0.00 untuk kursus berkenaan.
6.3.1.4 Pelajar yang telah memenuhi syarat seperti perkara 6.3.1.1
akan diberi status 'ABY' dan kursus berkenaan tidak diambil kira
dalam pengiraan GPA dan CGPA.
6.3.1.5 Peperiksaan Khas untuk perkara 6.3.1.1 akan diadakan pada
suatu tarikh yang ditetapkan oleh Senat.
| 29