Page 29 - BPA_KPTM_2022_new
P. 29
PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
6.0 PEPERIKSAAN
6.1 Jadual Peperiksaan Akhir
6.1.1 Peperiksaan Akhir akan dijalankan mengikut kalendar akademik yang telah
diluluskan oleh Senat.
6.1.2 Peperiksaan Akhir boleh dijalankan secara bersemuka fizikal atau dalam
talian dengan kelulusan Senat.
6.1.3 Peperiksaan Akhir bagi kursus yang sama tetapi ditawarkan di cawangan yang
berbeza perlu dijalankan secara serentak.
6.1.4 Semua pelajar WAJIB menghadiri Peperiksaan Akhir bagi kursus yang
mempunyai peperiksaan akhir.
6.1.5 Pelajar perlu menyemak Draf Jadual Peperiksaan Akhir yang dikeluarkan
seperti berikut:
6.1.5.1 Empat (4) minggu sebelum Peperiksaan Akhir bermula bagi
semester biasa.
6.1.5.2 Dua (2) minggu sebelum peperiksaan bermula bagi semester
pendek.
6.1.6 Sebarang masalah berkaitan draf jadual Peperiksaan Akhir perlu
6.1.7 dimaklumkan kepada Bahagian Akademik Kolej dalam tempoh satu (1)
minggu dari tarikh draf dikeluarkan.
Jadual Peperiksaan Akhir yang muktamad akan dipaparkan kepada pelajar
selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum peperiksaan bermula.
6.2 Syarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir
6.2.1 Pelajar yang telah mendaftar kursus layak menduduki Peperiksaan Akhir.
6.2.2 Pelajar yang gagal mencapai kehadiran minima 80% ke kuliah akan dihalang
daripada menduduki Peperiksaan Akhir.
6.2.3 Pelajar yang mempunyai yuran tertunggak perlu merujuk ke Bahagian
Kewangan Kolej.
6.2.4 Pelajar perlu mematuhi Peraturan Menduduki Peperiksaan Akhir KPTM yang
berkuatkuasa.
| 28