Page 17 - BPA_KPTM_2022_new
P. 17
PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
3.8.2 Syarat Umum Pindah Kredit:
3.8.3
3.8.2.1 Gred lulus – gred minimum iaitu Gred C;
3.8.2.2 Nilai kredit – sama dengan nilai kredit kursus bagi program di IPT
penerima;
3.8.2.3 Kesetaraan kurikulum kursus – tidak kurang 80%;
3.8.2.4 Kursus yang boleh dipindahkan kredit hendaklah daripada
program yang telah mendapat Akreditasi/ Pengiktirafan dari
badan yang berautoriti di negara berkenaan;
3.8.2.5 Gabungan dua atau lebih kursus daripada institusi asal boleh
dipohon untuk dipindah kredit ke satu kursus di KPTM;
3.8.2.6 Setiap kursus hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk dipindah
kredit ke satu-satu kursus yang dipohon; dan
3.8.2.7 Permohonan pindah kredit hanya dibenarkan sekali sahaja
sepanjang tempoh pengajian.
Pindah Kredit Vertikal
3.8.3.1 Sijil (Tahap 3, MQF) ke Diploma (Tahap 4, MQF)
Pindah Kredit tanpa Gred dibenarkan dengan pindahan
maksimum sebanyak 30% daripada jumlah kredit program yang
akan diikuti.
3.8.3.2 Diploma (Tahap 4, MQF) ke Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF)
Pindah Kredit tanpa Gred dibenarkan dengan pindahan
maksimum sebanyak 50% daripada jumlah kredit program yang
akan diikuti berdasarkan syarat berikut:
Peratusan Pindah Gred Minimum
Kredit (%) Kursus
1 -30 Gred C
31 – 50 Gred B
3.8.3.3 Diploma Lanjutan (Tahap 5, MQF) yang turut memiliki Diploma
(Tahap 4, MQF) ke Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF), Pindah
Kredit tanpa Gred dibenarkan dan boleh dipertimbangkan pindah
kredit sehingga maksimum dua tahun pengajian program
peringkat ijazah sarjana muda (pelajar akan mengikuti tahun tiga
program ijazah sarjana muda).
3.8.3.4 Pindah Kredit daripada kelayakan yang lebih tinggi (contoh ijazah
sarjana muda) ke program di peringkat yang lebih rendah (contoh
diploma) tidak dibenarkan.
| 16