Page 20 - BPA_KPTM_2022_new
P. 20

PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

4.0 STRUKTUR PROGRAM

4.1 Sistem Kredit

4.1.1 Kredit Kursus

       Setiap kursus yang ditawarkan dalam setiap program mempunyai nilai kredit.
       Kursus yang tidak menggunakan nilai kredit boleh menggunakan pernyataan
       status LULUS atau GAGAL atau mana-mana pernyataan bersesuaian dengan
       kelulusan SENAT.

4.1.2  Nilai bagi satu (1) unit kredit adalah bersamaan dengan 40 Jam Belajar
       Pelajar (SLT) dalam satu (1) semester pengajian. Mod Pembelajaran adalah
       secara konvensional seperti berikut:

       4.1.2.1        Pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka sepenuhnya
                      dalam bentuk kuliah/ tutorial/ amali (termasuk pembelajaran di
                      industri) yang dikendalikan mengikut tempoh pengajian; atau

       4.1.2.2        Dengan gabungan pembelajaran dalam talian (blended learning)
                      antara 30% - 60% daripada jumlah kredit dalam program.

4.2 Jumlah Kredit Mengikut Program

4.2.1  Jumlah kredit untuk bergraduat mengikuti program adalah tertakluk kepada
       keperluan kredit bergraduat yang ditetapkan oleh Fakulti dengan kelulusan
       Senat (rujuk Buku Panduan Program).

4.2.2  Pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus hendaklah mengambil semula
       dengan cara mengulang kursus tersebut sehingga lulus.

4.3 Tempoh Pengajian

4.3.1  Pelajar dikehendaki melengkapkan pengajian tidak melebihi tempoh lima
       (5) tahun bersesuaian dengan currency of knowledge seperti yang ditetapkan
       oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

4.3.2  Kegagalan melengkapkan pengajian dalam tempoh lima (5) tahun akan
       diberi status Gagal dan Diberhentikan (DIS3).

4.4 Pendaftaran Kursus Program

4.4.1  Pelajar dikehendaki mendaftar kursus yang mempunyai prasyarat
       berdasarkan urutan seperti yang dinyatakan di dalam struktur program.

4.4.2  Pelajar perlu mendapat kelulusan JKA sekiranya ingin mendaftar dua kursus
       iaitu mengulang kursus prasyarat di peringkat bawah dan mendaftar kursus
       prasyarat peringkat atas kali pertama secara serentak.

4.4.3  Pelajar yang tidak memperolehi kredit atau minimum gred C bagi mata
       pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) WAJIB
       mendaftar dan lulus kursus Bahasa Kebangsaan A dalam Kumpulan U2 Mata
       Pelajaran Umum (MPU).

                                                                                      | 19
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25