Page 14 - BPA_KPTM_2022_new
P. 14

PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

3.0 PENDAFTARAN

3.1 Pelajar Baharu

3.1.1  Setiap pemohon yang telah mendapat tawaran untuk mengikuti mana-mana
       program pengajian hendaklah membuat pengesahan pendaftaran pelajar
       dalam tempoh minggu pendaftaran kecuali dengan kelulusan Pengarah
       Kampus Cawangan.

3.1.2  Mana-mana pemohon yang gagal membuat pengesahan pendaftaran pelajar
       seperti perkara 3.1.1 di atas akan mengakibatkan tawaran berkenaan
       terbatal dengan sendirinya.

3.2 Pelajar Kanan

3.2.1  Pelajar kanan yang layak meneruskan pengajian hendaklah mengesahkan
       pendaftaran pelajar dalam minggu pendaftaran.

3.2.2  Pelajar kanan akan gugur status dengan sendirinya sebagai pelajar dan diberi
       status Gugur Taraf (TMT) sekiranya GAGAL mematuhi syarat berikut:

       3.2.2.1 menjelaskan bayaran yuran;

       3.2.2.2 mendaftar kursus yang telah ditetapkan;

       3.2.2.3 menghadiri kursus yang didaftarkan.

3.2.3  Pelajar kanan yang masih mempunyai hutang tertunggak dengan Kampus
       Cawangan akan diberikan status Gugur Taraf (TMT) selagi hutang tersebut
       tidak dijelaskan kecuali dengan kelulusan Pengarah.

3.3 Pendaftaran Kursus

3.3.1 Prapendaftaran Kursus (PPK)

       3.3.1.1          Pelajar yang akan meneruskan pengajian pada semester
                        berikutnya WAJIB membuat Prapendaftaran Kursus (PPK) seperti
                        dalam struktur program yang telah ditetapkan secara dalam
                        talian (online) menggunakan Sistem Maklumat Pelajar (SMP)
                        Kampus Cawangan.

       3.3.1.2          Pelajar yang gagal membuat PPK seperti yang diarahkan boleh
                        dikenakan denda RM30.00.

       3.3.1.3          Pelajar perlu mengemas kini PPK berdasarkan keputusan
                        peperiksaan yang diumumkan sebelum semester bermula.

3.3.2 Tambah/ Gugur Kursus

       3.3.2.1          Pelajar hanya dibenarkan tambah/ gugur kursus dalam tempoh
                        minggu pendaftaran. Tambah/ gugur kursus selepas minggu
                        pendaftaran tidak dibenarkan.

                                                                                      | 13
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19