Page 22 - BPA_KPTM_2022_new
P. 22

4.5.3                                                                                   PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

       Pelajar yang tidak mencapai kehadiran minimum 80% dari jumlah jam
       kehadiran ke kuliah untuk setiap kursus tanpa mendapat kebenaran yang
       dinyatakan pada perkara 4.5.2 akan dihalang menduduki Peperiksaan Akhir
       kursus berkenaan (BAR).

4.5.4  Pelajar yang tidak hadir berterusan akan diberi status Gugur Nama (WFC)
       sekiranya memenuhi syarat berikut:

       4.5.4.1  Tidak hadir ke kuliah bagi semua kursus yang didaftarkan pada
                semester tersebut.

       4.5.4.2  Ketidakhadiran selama dua minggu berterusan bagi semester
                biasa atau seminggu berterusan bagi semester pendek.

       4.5.4.3  Keputusan Gugur Nama (WFC) hendaklah diputuskan oleh JKA
                setelah mengambil kira bukti dan dokumen yang berkaitan.

4.6 Latihan Industri (LI)/ Praktikum/ Latihan Klinikal/ Projek Akhir

4.6.1  Pelajar dikehendaki memenuhi syarat-syarat berikut sebelum menjalani LI/
       Praktikum/ Latihan Klinikal/ Projek Akhir:

       4.6.1.1  Mendaftar kursus LI/ Praktikum/ Latihan Klinikal/ Projek Akhir;
                dan

       4.6.1.2  LULUS kursus-kursus pada semester sebelumnya seperti yang
                termaktub di dalam struktur pengajian.

       4.6.1.3  Sekiranya pelajar gagal memenuhi syarat 4.6.1.2, Pelajar boleh
                membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah bagi
                menjalani LI/ Praktikum/ Latihan Klinikal/ Projek Akhir serentak
                dengan satu kursus ulangan. Kelulusan permohonan tertakluk
                kepada keputusan JKA.

4.6.2 Pelanggaran Peraturan LI/ Praktikum/ Latihan Klinikal/ Projek Akhir:

       Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan atau mengabaikan
       tugasannya atau melakukan kesalahan tatatertib seperti yang dinyatakan
       dalam Buku Panduan Latihan Industri, Buku Panduan Praktikum atau Buku
       Panduan Latihan Klinikal akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib
       Akademik Pelajar (JKTAP).

                {Ruangan ini sengaja dikosongkan}

                                                                                                                      | 21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27