Page 15 - BPA_KPTM_2022_new
P. 15

3.3.2.2                                                                  PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

                Pihak kolej berhak menolak permohonan seseorang pelajar untuk
                mendaftar bagi sesuatu kursus sekiranya kursus tersebut tidak
                ditawarkan pada semester tersebut.

3.3.3  Bilangan kredit yang boleh didaftar untuk satu semester

3.3.4  3.3.3.1  Pelajar sepenuh masa dibenarkan mendaftar kursus seperti
3.3.5           berikut:
3.3.6
3.3.7           i) 12 kredit hingga 20 kredit pada setiap semester biasa;
3.3.8                   atau
3.3.9
                ii) Enam (6) kredit hingga 10 kredit pada setiap semester
                        pendek.

       3.3.3.2  Pelajar yang menjalani Latihan Industri/ Praktikum/ Latihan
                Klinikal/ Projek Akhir tidak tertakluk kepada perkara 3.3.3.1.

       3.3.3.3  Pelajar sepenuh masa program profesional perlu mendaftar
                sekurang-kurangnya dua (2) kursus pada satu semester kecuali
                bagi pelajar-pelajar yang akan menamatkan pengajian.

       Pelajar sepenuh masa yang berada pada semester sebelum menjalani
       Latihan Industri/ Praktikum/ Projek Akhir dibenarkan mendaftar sehingga
       23 kredit pada semester biasa manakala 12 kredit pada semester pendek
       dengan kelulusan Pengarah/ TPA.

       Pelajar yang memperoleh status 'Amaran' (WAR) pada akhir satu-satu
       semester pengajian hanya dibenarkan mendaftar 12 kredit bagi semester
       biasa dan enam (6) kredit bagi semester pendek pada semester berikutnya.

       Pelajar seperti dinyatakan di perkara 3.3.5 boleh memohon mendaftar
       sehingga 16 kredit pada semester biasa dan sehingga lapan (8) kredit pada
       semester pendek dengan kelulusan JKA.

       Bagi kursus yang mempunyai prasyarat, pelajar perlu lulus kursus prasyarat
       tersebut sebelum mengambil kursus berkenaan.

       Pelajar bertanggungjawab membuat semakan pendaftaran kursus secara
       dalam talian selewat-lewatnya pada minggu ke-5 kuliah pada semester biasa
       dan minggu kedua kuliah pada semester pendek.

       Pelajar perlu menyimpan Salinan Pendaftaran Kursus untuk rujukan.

       Pelajar bertanggungjawab memaklumkan Pensyarah/ Mentor/ Bahagian
       Akademik sekiranya terdapat perbezaan terhadap kursus yang didaftarkan
       di SMP.

       Pendaftaran kursus selepas minggu ke-5 kuliah adalah dianggap sah dan
       muktamad.

                                                                                                              | 14
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20