Page 19 - BPA_KPTM_2022_new
P. 19
3.9.3 PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
Permohonan penangguhan pengajian perlu dibuat:
3.9.3.1 selewat-lewatnya dua (2) minggu pertama kuliah bermula bagi
pelajar yang belum mendaftar pada sesi pengajian semasa; atau
3.9.3.2 dua (2) minggu akademik sebelum Peperiksaan Akhir bermula
bagi pelajar yang telah mendaftar pada sesi pengajian semasa.
3.9.4 Tempoh penangguhan pengajian yang boleh diluluskan untuk setiap
permohonan adalah bagi satu (1) semester pengajian atau satu (1) tahun
bagi program yang menggunakan kalendar akademik tahunan.
3.9.5 Tempoh penangguhan pengajian yang diluluskan atas sebab kesihatan atau
sebab-sebab yang munasabah oleh Pengarah tidak diambil kira sebagai
tempoh pengajian di kolej.
3.9.6 Permohonan penangguhan pengajian hendaklah dibuat dengan mengisi
Borang Penangguhan Pengajian dengan menyertakan dokumen sokongan asal
kepada Pengarah sebelum tamat permohonan seperti para 3.9.3.
Permohonan penangguhan pengajian atas sebab kesihatan perlu disertakan
dengan surat/ laporan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan yang
bertauliah.
3.9.7 Kenaan yuran ke atas pelajar bagi semester semasa yang diluluskan
penangguhan pengajian akan dipertimbangkan oleh Pengarah.
3.9.8 Pelajar akan dikenakan yuran proses permohonan penangguhan sebanyak
RM100.00 (tidak dikembalikan) KECUALI pada semester pendek.
3.10 Penggantungan Pengajian
Penggantungan pengajian ialah hukuman oleh JKTAP/ JKTP yang mengakibatkan
pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.
Penggantungan ini diambil kira sebagai tempoh pengajian.
{Ruangan ini sengaja dikosongkan}
| 18