Page 16 - BPA_KPTM_2022_new
P. 16
PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
3.4 Status Pelajar
3.4.1 Pelajar bertanggungjawab untuk memenuhi syarat berikut bagi mengekalkan
status pelajar:
3.4.1.1 Menjelaskan bayaran yuran tidak lewat dalam tempoh dua (2)
minggu semester bermula;
3.4.1.2 Mendaftar kursus yang ditetapkan dalam pelan pengajian untuk
semester berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk
perkara 3.3); dan
3.4.1.3 Menghadiri setiap kursus yang telah didaftarkan.
3.5 Gugur Status Sebagai Pelajar
3.5.1 Pelajar akan diberikan status Gugur Taraf (TMT) sekiranya tidak mematuhi
perkara 3.4.1.
3.5.2 Pelajar akan diberikan status Gugur Nama (WFC) sekiranya tidak mematuhi
polisi kehadiran (rujuk Perkara 4.5).
3.6 Penarikan Diri Dari Program Pengajian
3.6.1 Pelajar yang bercadang menarik diri dari program pengajian mesti mematuhi
prosedur penarikan diri dengan melengkapkan Borang Pelepasan Kolej dan
menjelaskan semua tanggungjawab kewangan dengan pihak Kolej.
3.6.2 Pemulangan wang bagi pelajar yang menarik diri adalah tertakluk kepada
Polisi Yuran dan Kadar Bayaran Lain KPTMSB yang berkuat kuasa.
3.7 Pengecualian Kursus
3.7.1 Pengecualian kursus tidak akan menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi
kursus yang dikecualikan.
3.7.2 Pelajar perlu menggantikan kursus yang dikecualikan dengan kursus lain bagi
mencukupkan keperluan kredit bergraduat.
3.7.3 Permohonan pengecualian kursus hendaklah dibuat dalam masa dua (2)
minggu semester pertama pengajian bermula.
3.8 Pindah Kredit
3.8.1 Pelajar yang bertukar program pengajian daripada Institusi pendidikan lain,
pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di KPTM
dan pelajar yang mengikuti program mobiliti boleh dipertimbangkan untuk
pemindahan kredit tertakluk kepada syarat MQA dan syarat yang ditetapkan
oleh KPTM.
| 15