Page 18 - BPA_KPTM_2022_new
P. 18
PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
3.8.4 Pindah Kredit Horizontal
3.8.4.1 Pelajar yang masih dalam sistem (belum bergraduat) yang belum
memiliki kelayakan dan ingin melanjutkan pengajian pada
peringkat yang sama:
i) Pindah Kredit dengan Gred dibenarkan.
ii) Currency of knowledge mestilah lima (5) tahun dari mula
program pengajian di PPT asal.
iii) Pelajar tidak gagal dalam program yang diikuti di PPT asal.
3.8.4.2 Pelajar yang telah bergraduat dan memiliki kelayakan dan ingin
melanjutkan pengajian untuk kali kedua pada peringkat yang
sama:
i) Pindah Kredit Tanpa Gred dibenarkan
ii) Tiada had pindah kredit jika pelajar berada di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) yang sama.
iii) Bagi pelajar yang melanjutkan pengajian untuk kali kedua
di IPT yang berbeza, tempoh permastautin (residential
year) pelajar adalah seperti berikut:
Ijazah Sarjana Muda – 1 semester
Diploma dan Sijil – 1 semester
3.8.4.3 Pelajar sedang mengikuti suatu program dan dalam masa yang
sama mengambil beberapa mata pelajaran di IPT yang lain
(contoh program mobiliti atau program pertukaran pelajar),
pindah kredit bagi situasi ini adalah mengikut dasar pindah kredit
dengan gred.
3.8.5 Kelayakan Melalui APEL
3.8.5.1 APEL
Pindah Kredit tidak dibenarkan.
3.8.5.2 APEL (C)
Pindah Kredit dibenarkan.
3.8.6 Permohonan pemindahan kredit hendaklah dibuat selewat-lewatnya dalam
masa dua (2) minggu semester pertama pengajian bermula.
3.9 Penangguhan Pengajian
3.9.1 Pelajar boleh memohon penangguhan pengajian atas masalah kesihatan atau
sebab-sebab yang munasabah dan diluluskan oleh Pengarah.
3.9.2 Had maksimum penangguhan pengajian bagi pelajar adalah sebanyak tiga
(3) kali sepanjang tempoh pengajian.
| 17