Page 13 - BPA_KPTM_2022_new
P. 13

PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

2.4 Pertukaran Program

2.4.1 Pertukaran Program Pelajar Baharu

       2.4.1.1          Pelajar baharu dibenarkan bertukar program pengajian dalam
                        tempoh dua (2) minggu pertama semester pengajian bermula.

       2.4.1.2          Permohonan pertukaran program di Kampus Cawangan yang sama
                        perlu mendapat kelulusan Pengarah/ Timbalan Pengarah
                        Akademik (TPA).

2.4.2  Pertukaran Program Pelajar Kanan

       2.4.2.1          Pelajar kanan tidak dibenarkan bertukar program. Sekiranya
                        ingin bertukar program, pelajar kanan perlu menarik diri dari
                        program pengajian semasa sebelum dibenarkan mendaftar
                        program pengajian yang baharu.

2.5 Pertukaran Kampus Cawangan bagi Program Pengajian Yang Sama

2.5.1  Pelajar dibenarkan bertukar Kampus Cawangan dalam tempoh minggu
       pendaftaran semester pengajian bermula.

2.5.2  Pelajar kanan yang dibenarkan bertukar Kampus Cawangan bagi program
       yang sama tidak tertakluk kepada syarat Pindah Kredit.

2.5.3  Setiap permohonan pertukaran Kampus Cawangan hendaklah dibuat secara
       bertulis kepada Pengarah Kampus Cawangan.

2.5.4  Setiap permohonan pertukaran hendaklah diluluskan oleh kedua-dua
       Pengarah Kampus Cawangan yang terlibat.

2.5.5  Pertukaran Kampus Cawangan hanya dibenarkan satu (1) kali sepanjang
       tempoh pengajian.

                        {Ruangan ini sengaja dikosongkan}

                                                                                         | 12
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18