Page 21 - BPA_KPTM_2022_new
P. 21

4.4.4                                                                                   PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022

       Pelajar yang gagal sesuatu kursus elektif atau MPU boleh mengambil kursus
       elektif atau MPU yang lain yang mempunyai nilai kredit yang sama dari
       kelompok yang sama tertakluk kepada penawaran kursus pada semester
       semasa.

       Kursus gantian tidak akan menghapuskan nilai kredit dan gred kursus yang
       gagal terdahulu dari kelompok yang sama.

4.4.5  Pelajar dibenarkan mendaftar kursus yang setara setelah mendapat
       kebenaran Dekan fakulti yang berkaitan.

4.5 Kehadiran Ke Kuliah

4.5.1  Pelajar WAJIB hadir semua sesi pembelajaran bagi setiap kursus yang
       didaftar mengikut mod PdP yang ditetapkan.

4.5.2  Pelajar dibenarkan tidak hadir ke kuliah dengan kebenaran atas sebab-sebab
       berikut:

       4.5.2.1           Pelajar yang tidak hadir ke kuliah disebabkan kesihatan mesti
                         mengemukakan sijil cuti sakit asal daripada Pegawai Perubatan
                         dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh ketidakhadiran
                         tersebut atau tempoh penyerahan boleh dilanjutkan atas budi
                         bicara pensyarah kursus.

       4.5.2.2           Pelajar yang tidak hadir ke kuliah selain dari masalah kesihatan
                         (bencana alam/ kematian/ kemalangan/ wakil sukan untuk
                         negeri atau negara/ alasan lain yang munasabah) hendaklah
                         memaklumkan segera kepada pensyarah kursus dan
                         mengemukakan bukti/ dokumen sokongan kepada Ketua Jabatan
                         dalam tempoh tujuh (7) hari.

       4.5.2.3           Pensyarah kursus akan mengeluarkan surat ketidakhadiran
                         kepada pelajar yang tidak hadir tanpa sebab mengikut ketetapan
                         berikut:

                            Ketidakhadiran                       Tindakan
                         Ketidakhadiran dari  Surat Ketidakhadiran 1 (SKH 1)
                         7% hingga 13 %
                         Ketidakhadiran dari  Surat Ketidakhadiran 2 (SKH 2)
                         14% hingga 20 %
                                              Surat Halangan Menduduki
                         Ketidakhadiran 21%   Peperiksaan Akhir (SHP)
                         dan ke atas          Bagi kursus yang tiada Peperiksaan
                                              Akhir, penilaian kerja kursus akan
                                              diberikan status β€œBAR” dengan nilai
                                              gred β€œ0.00”

       4.5.2.4           Pelajar yang dihalang menduduki Peperiksaan Akhir boleh
                         mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengerusi JKRTAP.

                                                                                                                      | 20
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26