Page 12 - BPA_KPTM_2022_new
P. 12
PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
2.0 KEMASUKAN
2.1 Syarat Kelayakan untuk Pelajar Tempatan dan Antarabangsa
2.1.1 Syarat dan kelayakan masuk bagi semua program di KPTM adalah tertakluk
kepada kelulusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) setelah mendapat
pengesahan Senat.
2.1.2 Kemahiran Bahasa Inggeris:
2.1.2.1 Calon tempatan yang memohon kemasukan ke program Ijazah
Sarjana Muda mestilah menduduki dan mencapai tahap MUET
yang ditetapkan tertakluk kepada standard program agensi yang
berkaitan.
2.1.2.2 Calon antarabangsa mestilah mempunyai kelulusan TOEFL atau
IELTS atau setara dengan tahap yang ditetapkan tertakluk kepada
standard program yang berkaitan.
2.1.3 Lain-lain syarat bagi kemasukan pelajar antarabangsa boleh dirujuk pada
Buku Panduan Pelajar Antarabangsa KPTM.
2.1.4 Kemasukan pelajar baharu bagi semua program KPTM adalah pada
permulaan semester pengajian.
2.1.5 Pelajar tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada satu (1) program
pengajian pada suatu masa yang sama.
2.2 Kemasukan Semula Selepas Rayuan
2.2.1 Pelajar yang berstatus seperti di bawah boleh membuat RAYUAN dan akan
dipertimbangkan untuk mendaftar semula sebagai pelajar sekiranya
memenuhi perkara 7.1:
2.2.1.1 Pelajar berstatus Gagal Berhenti (DIS)
2.2.1.2 Pelajar berstatus Gugur Taraf (TMT)
2.2.1.3 Pelajar berstatus Gugur Nama (WFC)
2.3 Perpindahan Pelajar Dari Institusi Lain
2.3.1 Pelajar dari institusi lain dibenarkan meneruskan pengajian di KPTM
tertakluk kepada syarat Pindah Kredit (rujuk perkara 3.8).
| 11