Page 27 - BPA_KPTM_2022_new
P. 27
PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
5.4 Keputusan Peperiksaan
Keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Senat akan dikeluarkan oleh Bahagian
Akademik satu (1) hari selepas mesyuarat Senat tamat. Kolej berhak menahan
keputusan peperiksaan sekiranya pelajar gagal menjelaskan yuran tertunggak.
5.5 Mengulang Kursus
5.5.1 Pelajar yang lulus semua kursus yang disyaratkan tetapi memperoleh CGPA
kurang dari 2.00 (rujuk perkara 5.6.5) dibenarkan untuk mengulang mana-
mana kursus yang ditawarkan pada semester itu setelah rayuan kemasukan
semula diluluskan mengikut perkara 7.1 peraturan ini.
5.5.2 Gred yang akan diambil kira dalam pengiraan CGPA adalah gred terbaik yang
diperolehi.
5.6 Status Pelajar
5.6.1 Status pelajar akan ditentukan berdasarkan pencapaian GPA dan CGPA
seperti berikut:
PCD: Teruskan Pengajian/ Proceed
GRD: Tamat Bergraduat/ Graduate
*WAR: Amaran/ Warning
*DIS: Gagal Berhenti/ Dismissed
*Hanya terpakai pada semester biasa sahaja
5.6.2 Status pelajar untuk semester pendek sama ada PCD atau GRD (bagi yang
5.6.3 layak bergraduat) sahaja. Hanya pengiraan GPA dan CGPA sahaja yang
5.6.4 diambil kira bagi semester pendek.
Teruskan Pengajian (PCD)
Pelajar yang memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 2.00 akan diberikan
status Teruskan Pengajian (PCD).
Tamat Bergraduat (GRD)
Pelajar yang layak bergraduat akan diberikan status Tamat Bergraduat
(GRD) setelah memenuhi syarat berikut:
5.6.4.1 Lulus semua kursus yang mengikut struktur program dan
mengikut syarat keperluan program masing-masing.
5.6.4.2 Mendapat CGPA terakhir tidak kurang daripada 2.00.
| 26