Page 10 - BPA_KPTM_2022_new
P. 10

PENGGANTUNGAN                                                          PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
PENGAJIAN
PENGECUALIAN KURSUS     Hukuman oleh Jawatankuasa Tatatertib Akademik KPTM
                        yang mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan
PENGESAHAN              meneruskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.
PENDAFTARAN PELAJAR
                        Pengecualian Kursus ialah proses mengecualikan
PINDAH KREDIT           seseorang pelajar daripada mengambil kursus dalam
                        program yang diikuti atas sebab-sebab tertentu.
PINDAH KREDIT DENGAN    Pengecualian ini tidak menyebabkan pelajar mendapat
GRED                    kredit bagi kursus yang dikecualikan. Oleh itu, pelajar
                        perlu menggantikan kursus yang dikecualikan dengan
PINDAH KREDIT TANPA     kursus lain bagi mencukupkan keperluan kredit
GRED                    bergraduat dengan syarat program sebelumnya telah
                        disempurnakan dan berstatus tamat.
PINDAH KREDIT
HORIZONTAL              Pelajar Baharu:
PINDAH KREDIT VERTIKAL  Pelajar yang membuat pembayaran yuran pendaftaran,
PLAGIAT                 telah didaftarkan dan log masuk di dalam sistem
                        maklumat pelajar (SMP) KPTM.

                        Pelajar Kanan:
                        Pelajar yang telah membuat pembayaran yuran lapor diri
                        semester semasa dan menjelaskan yuran tertunggak
                        (sekiranya ada).

                        Proses membawa kredit kursus yang telah diambil oleh
                        pelajar dalam sesuatu program ke program lain yang
                        membolehkan penganugerahan kelayakan yang
                        ditawarkan oleh institusi yang sama atau institusi yang
                        berbeza. Kredit kursus yang dipindahkan dikira sebagai
                        sebahagian dari kredit bergraduat program tersebut.

                        Pindah kredit secara horizontal bagi pelajar yang berada
                        dalam sistem (pelajar yang masih dalam pengajian).
                        Kredit dikira dalam kredit bergraduat pelajar dan gred
                        kursus diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred
                        (GPA) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA).

                        Pindah kredit secara vertikal atau horizontal bagi pelajar
                        yang telah keluar daripada sistem (pelajar yang telah
                        tamat pengajian) atau telah mencapai tahap kompetensi
                        dalam kursus berkenaan. Kredit kursus yang dipindahkan
                        diambil kira dalam kredit bergraduat tetapi gred kursus
                        tidak diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA pelajar.

                        Pindah kredit daripada program di tahap kelayakan yang
                        sama.

                        Pindah kredit daripada peringkat rendah ke peringkat
                        yang lebih tinggi.

                        Peniruan hasil kerja dan/atau pendapat orang lain samada
                        menerusi bahan bercetak atau elektronik tanpa
                        pengiktirafan atau pengakuan sumbernya.

                                                                                                     |9
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15