Page 9 - BPA_KPTM_2022_new
P. 9
PERATURAN AKADEMIK KPTM 2022
Manakala terhad kepada tempoh satu (1) minggu pertama
bagi semester pendek kepada pelajar untuk membuat
pengesahan pendaftaran.
NILAI GRED Sesuatu nilai dalam bentuk angka bagi menunjukkan
pencapaian pelajar dalam sesuatu kursus.
NILAI KREDIT Angka hasil dari pendaraban Nilai Gred dengan Kredit.
PENGARAH Merujuk kepada Ketua Eksekutif Kampus Cawangan.
PROGRAM PENGAJIAN Mana-mana program akademik yang dijalankan oleh
KPTM.
PENANGGUHAN PENGAJIAN Cuti satu semester yang dimohon oleh pelajar yang belum
mendaftar semula atau pelajar yang telah mendaftar
untuk menangguhkan pengajian pada sesi pengajian
semasa di atas sebab-sebab tertentu.
Bagi pelajar program pengajian menggunakan kalendar
akademik secara tahunan, penangguhan cuti satu tahun
diberikan.
PENYATA KEPUTUSAN Cetakan keputusan semester pelajar yang bersifat sebagai
SEMESTER transkrip sementara atau tidak rasmi.
PENILAIAN AKHIR Penilaian akhir digunakan untuk mengukur apa yang
pelajar telah pelajari di akhir suatu kursus. Penilaian ini
boleh dilakukan dalam bentuk peperiksaan akhir,
peperiksaan lisan, penilaian kemahiran atau
persembahan.
PENILAIAN BERTERUSAN Penilaian berterusan dijalankan sepanjang kursus yang
berkait secara langsung dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) semasa.
PEPERIKSAAN Peperiksaan Akhir semester atau sebarang bentuk ujian
bertulis yang dijalankan secara berterusan.
PELAJAR Individu yang telah mendaftar dengan Kolej untuk
mengikuti program pengajian yang ditawarkan setelah
membayar yuran pengajian dan mendaftar kursus.
PELAJAR SEPENUH MASA Seseorang yang telah mendaftar dengan Kolej untuk
menerima pelajaran, pengajaran atau latihan dari mana-
mana Kampus Cawangan dengan:
a) Sekurang-kurangnya dua belas (12) kredit untuk
semester biasa; atau
b) Sekurang-kurangnya enam (6) kredit untuk semester
pendek
|8