Page 45 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 45

10.0   PROSEDUR TATATERTIB


              10.1  Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar (JKTAP)
                    10.1.1  Pelajar yang dituduh melakukan sebarang kesalahan di bawah Peraturan Akademik ini akan
                          dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar (JKTAP) untuk dibicarakan.
                    10.1.2  Setiap Kampus Cawangan KPTM hendaklah  mewujudkan satu  JKTAP bagi membicarakan
                          kes-kes berkaitan dengan tuduhan salah laku akademik terhadap pelajar di bawah peraturan-
                          peraturan ini.

                    10.1.3  Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah dilantik oleh  Ketua Pegawai Eksekutif dan terdiri
                          daripada:
                          - Timbalan Pengarah Akademik   - Pengerusi
                          - Ketua Jabatan Akademik 1   - Ahli
                          - Pensyarah 1           - Ahli
                          - Pensyarah 2           - Ahli
                          - Pegawai Hal Ehwal Pelajar   - Ahli
                          - Pegawai yang dilantik   - Setiausaha
                          Kaunselor boleh dijemput hadir untuk menghadiri perbicaraan.

                    10.1.4  Pegawai atau kakitangan berikut tidak boleh menjadi ahli atau Pengerusi Jawatankuasa:
                          10.1.4.1  Pensyarah yang mengajar  kursus yang didakwa berlakunya ketidakjujuran
                                 tersebut.
                          10.1.4.2  Pegawai/Pensyarah yang membuat aduan kesalahan ketidakjujuran akademik
                                 pelajar tersebut.

                    10.1.5  Korum untuk perbicaraan tatatertib adalah tiga (3) orang termasuk Pengerusi.
              10.2  Bidang Kuasa Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar
                    10.2.1  Jawatankuasa ini berkuasa membicarakan pelajar yang dituduh melakukan mana-mana kesalahan
                          akademik seperti yang termaktub dalam Peraturan Akademik ini.

                    10.2.2  Jawatankuasa berkuasa mengenakan apa-apa hukuman seperti yang dinyatakan dalam perkara
                          9.1.2, yang difikirkan wajar dan munasabah ke atas seorang pelajar yang telah disabitkan
                          kesalahannya.




                                                      45
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50