Page 46 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 46
10.3 Prosedur Tatatertib Akademik Pelajar
10.3.1 Setelah menerima laporan, Pengerusi JKTAP berkuasa menentukan samada terdapat cukup
bukti untuk mengadakan satu kes prima facie terhadap pelajar yang dituduh.
10.3.2 Sekiranya Pengerusi JKTAP berpendapat terdapat satu kes prima facie telah dibuktikan
terhadap pelajar yang dituduh, maka beliau akan memulakan prosedur tatatertib terhadap
pelajar yang dituduh dengan:
10.3.2.1 Menetapkan tarikh bicara.
10.3.2.2 Memanggil mesyuarat JKTAP.
10.3.2.3 Mengeluarkan kertas pertuduhan bagi memanggil pelajar membela diri.
10.3.3 Kertas pertuduhan perlulah dikemukakan kepada pelajar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja
dari tarikh kesalahan dilaporkan kepada pengerusi JKTAP.
10.3.4 Kertas pertuduhan hendaklah menyatakan;
10.3.4.1 Pertuduhan dan Perkara yang dilanggar oleh Pelajar dalam Peraturan Akademik;
10.3.4.2 Tarikh, waktu dan tempat di mana pelanggaran Peraturan Akademik berlaku;
10.3.4.3 Tarikh, waktu dan tempat di mana perbicaraan akan dilangsungkan;
10.3.4.4 Kebenaran pelajar memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa
dokumen pembelaan dirinya;
10.3.4.6 Satu kenyataan bahawa keputusan dan hukuman boleh dijatuhkan ke atas pelajar
sekiranya dia enggan/gagal/cuai untuk hadir ke perbicaraan berkenaan.
10.3.5 JKTAP boleh membuat keputusan dan mengenakan hukuman tanpa kehadiran pelajar sekiranya
JKTAP berpuas hati dengan bukti-bukti yang dikemukakan dan tarikh perbicaraan telah
dimaklumkan kepada pelajar tetapi pelajar tanpa alasan yang munasabah, enggan/gagal/cuai
untuk menghadiri perbicaraan.
10.3.6 Keputusan JKTAP hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pelajar dalam tempoh lima
(5) hari bekerja setelah keputusan dibuat. Sekiranya JKTAP gagal/enggan/cuai untuk memaklumkan
kepada pelajar keputusan perbicaraan dalam tempoh lima (5) hari bekerja, maka sebarang
keputusan atau hukuman JKTAP hendaklah terbatal.
46