Page 44 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 44

9.0  KETIDAKJUJURAN AKADEMIK


                  9.1   Ketidakjujuran Akademik
                       9.1.1 Pelajar dianggap melakukan ketidakjujuran akademik sekiranya :
                           9.1.1.1   Dalam tugasan akademik;
                                   9.1.1.1.1   Menciplak / memplagiat iaitu meniru atau mengutip frasa, idea, atau
                                            maklumat orang lain tanpa mengiktiraf atau menyatakan sumber asal.

                                   9.1.1.1.2   Mereka-reka / mengada-adakan frasa, idea, atau maklumat dari sesuatu
                                            sumber sedangkan sumber tersebut tidak menyatakan sedemikian.
                           9.1.1.2   Semasa ujian dan peperiksaan;
                                   9.1.1.2.1   Membawa masuk atau menggunakan atau cuba menggunakan sebarang
                                            bahan rujukan yang dilarang di dalam tempat peperiksaan.

                                   9.1.1.2.2   Meniru atau percubaan meniru.
                                   9.1.1.2.3   Melanggar mana-mana Peraturan Peperiksaan yang telah ditetapkan.
                           9.1.1.3   Dalam tempoh pengajian mengemukakan sijil sakit palsu, maklumat palsu, dokumen
                                   palsu atau dokumen yang mengandungi tandatangan palsu.
                  9.1.2  Pelajar yang disabitkan dengan kesalahan seperti di perkara 9.1.1 di atas  boleh dikenakan tindakan
                       berikut :
                           9.1.2.1   Dikenakan denda tidak melebihi RM500.00; atau
                           9.1.2.2   Digagalkan kursus yang berkaitan; atau
                           9.1.2.3   Digantung pengajian untuk satu (1) hingga dua (2) semester; atau

                           9.1.2.4   Diberhentikan pengajian; atau
                           9.1.2.5   Apa-apa bentuk hukuman yang difikirkan wajar; atau
                           9.1.2.6   Mana-mana kombinasi hukuman di atas.
                  9.1.3  Pelajar yang didapati bersalah melakukan ketidakjujuran akademik yang berulang hendaklah dihukum
                       dengan hukuman yang lebih berat dari hukuman kesalahan terdahulu.




                                                      44
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49