Page 48 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 48
10.4.4 Pegawai atau kakitangan berikut tidak boleh menjadi ahli atau Pengerusi Jawatankuasa:
10.4.4.1 Pensyarah yang mengajar kursus yang didakwa berlakunya ketidakjujuran
akademik tersebut.
10.4.4.2 Pegawai yang membuat aduan kesalahan ketidakjujuran akademik pelajar
tersebut.
10.4.4.3 Pegawai yang menganggotai JKTAP yang mensabitkan pelajar terbabit.
10.4.5 Korum untuk prosedur tatatertib terdiri dari tiga (3) orang termasuk Pengerusi.
10.4.6 Dalam mempertimbangkan sesuatu rayuan dibuat kepadanya, JKRTAP boleh:
10.4.6.1 Menerima rayuan dan membatalkan hukuman; atau
10.4.6.2 Menolak rayuan dan mengekalkan hukuman; atau
10.4.6.3 Mengurangkan hukuman; atau
10.4.6.4 Menolak rayuan dan menambah hukuman yang dikenakan; atau
10.4.6.5 Menolak rayuan dan menggantikan hukuman yang dikenakan oleh JKTAP kepada
satu hukuman yang difikirkan lebih wajar.
10.4.7 Sebarang keputusan yang dibuat oleh JKRTAP adalah muktamad.
10.5 Prosedur Tatatertib JKRTAP
10.5.1 Di mana rayuan terhadap keputusan JKTAP dibolehkan, seseorang pelajar boleh mengemuka-
kan rayuan secara bertulis terhadap keputusan tersebut dalam tempoh tidak lebih dari tiga
(3) hari bekerja dari tarikh keputusan rasmi JKTAP dimaklumkan kepada pelajar.
10.5.2 Pemanggilan perayu untuk mendengar rayuan perlulah dibuat melalui satu notis secara
bertulis tidak kurang dari tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pendengaran rayuan.
48