Page 42 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 42

8.4    Pengurniaan Aegrotat / Posthumous
                 8.4.1  Pelajar yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya 70% kursus-kursus pengajian atas sebab
                      perubatan, hilang upaya atau kematian, dalam keadaan tertentu, boleh dipertimbangkan oleh Senat
                      untuk pemberian Anugerah Aegrotat / Posthumous.
                 8.4.2  Pengurniaan Aegrotat / Posthumous adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
                      8.4.2.1   Pelajar Tahun Akhir yang telah melengkapkan sekurang-kurangnya 70% kursus dalam
                             struktur pengajian yang telah didaftarkan.
                      8.4.2.2   CGPA terakhir sekurang-kurangnya 2.00 bagi program diploma dan ijazah atau purata markah
                             40 bagi program profesional.
                 8.4.3  Penilaian Akhir;

                      8.4.3.1   Bagi pelajar yang telah memenuhi syarat kelayakan untuk melaksanakan penilaian akhir,
                             tetapi terhalang disebabkan masalah kesihatan atau hilang upaya kekal, Senat boleh, dalam
                             keadaan tertentu memberi Pengurniaan Aegrotat dengan syarat tiada kiraan CGPA atau
                             markah purata diambilkira.
                      8.4.3.2   Pengarah kolej perlu membentangkan kepada Senat laporan pencapaian calon di dalam
                             program  pengajian  dan  membuktikan  tanpa  keraguan  yang  munasabah  bahawa  calon
                             tersebut dianggap layak untuk memperolehi diploma atau ijazah.

                      8.4.3.3   Sekiranya Senat mendapati ianya wajar, calon tersebut dianggap telah lulus dan memenuhi
                             syarat pengurniaan Aegrotat.
                 8.4.4  Calon hanya boleh dikurniakan Aegrotat sekali sahaja bagi setiap tahap pengajian.
                 8.4.5  Laporan perubatan;

                      8.4.5.1   Dalam semua kes, masalah kesihatan tersebut perlu dilaporkan kepada Bahagian Akademik
                             seawal yang mungkin dan pengurniaan Aegrotat tersebut tidak boleh dipertimbangkan
                             sekiranya laporan dibuat melebihi tempoh 48 jam selepas penilaian tamat. Bahagian Akademik
                             boleh mengarahkan calon untuk diperiksa oleh doktor panel yang dilantik oleh kolej dan
                             membentangkan keputusan laporan kesihatan kepada Senat.
                      8.4.5.2   Bayaran fi pemeriksaan kesihatan tersebut akan dijelaskan oleh calon tersebut.










                                                      42
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47