Page 47 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 47

10.3.7   Pelajar yang telah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman boleh membuat
                            rayuan  dalam  tempoh  lima  (5)  hari  bekerja  dari  tarikh  pelajar  dimaklumkan  keputusan
                            tersebut. Sekiranya pelajar gagal/enggan/cuai untuk membuat rayuan maka:
                            10.3.7.1  hukuman hendaklah dilaksanakan; dan
                            10.3.7.2  tiada lagi sebarang rayuan yang boleh dibuat oleh pelajar.

                     10.3.8   Setiap rayuan pelajar terhadap keputusan JKTAP hendaklah secara automatik menangguhkan
                            pelaksanaan keputusan tersebut.
               10.4  Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Akademik Pelajar (JKRTAP)
                     10.4.1   Setiap Kolej hendaklah mewujudkan satu jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Rayuan
                            Tatatertib Akademik Pelajar (JKRTAP) untuk tujuan:

                            10.4.1.1  Mendengar dan memutuskan rayuan yang dikemukakan oleh pelajar atau Kolej
                                   terhadap keputusan dalam satu- satu kes yang telah dibuat oleh JKTAP; dan
                            10.4.1.2  Mendengar, mempertimbang serta memutuskan 'Rayuan Kemasukan Semula' oleh
                                   pelajar yang telah gagal dalam satu-satu Peperiksaan Akhir dan diberhentikan
                                   pengajian menurut peruntukan di bawah perkara 7.1.

                     10.4.2   JKRTAP Kolej cawangan hendaklah dipengerusikan oleh Pengarah atau pegawai lain yang
                            dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
                     10.4.3   Keanggotaan Jawatankuasa ini adalah dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan terdiri
                            daripada;
                            - Pengarah/atau Pegawai yang dilantik oleh Ketua Pegawai Eksekutif   - Pengerusi
                            - Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar/Ketua Jabatan Akademik     - Ahli
                            - Pegawai Hal Ehwal Pelajar                         - Ahli
                            - Pensyarah 3                                       - Ahli
                            - Pensyarah 4                                                 - Ahli
                            - Pegawai yang Dilantik                             - Setiausaha
                            Kaunselor boleh dijemput hadir untuk menghadiri perbicaraan.












                                                      47
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52