Page 50 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 50

10.7  Pembayaran Denda
                      10.7.1   Jika JKTAP atau JKRTAP mengenakan denda ke atas pelajar, maka tempoh masa denda itu
                              perlu dibayar hendaklah dinyatakan. Pelajar berkenaan hendaklah membayar denda tersebut
                              terus kepada Bahagian Kewangan Kampus Cawangan berkenaan.
                      10.7.2   Sekiranya pelajar enggan/gagal/cuai untuk membayar denda hukuman, maka pelajar boleh
                              dihalang untuk mendaftar pengajiannya dalam semester berikutnya.
                10.8  Anggapan Pengemukaan Dokumen
                      10.8.1   Mana-mana dokumen yang perlu dikemukakan kepada pelajar seperti kertas pertuduhan dan
                              keputusan perbicaraan hendaklah dianggap telah dikemukakan kepada pelajar sekiranya
                              dokumen tersebut dihantar kepada alamat pelajar yang tertera dalam fail pelajar atau sistem
                              pengurusan kampus kolej.
                      10.8.2   Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengemaskini alamat mereka dari semasa ke
                              semasa.


































                                                      50
   45   46   47   48   49   50   51   52