Page 41 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 41

8.3    Pengurniaan Akademik
                 8.3.1  Penganugerahan Skrol & Transkrip Akhir
                       8.3.1.1  Pelajar akan dianugerahkan skrol diploma setelah memenuhi syarat-syarat berikut:
                             8.3.1.1.1   Memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 2.00; DAN
                             8.3.1.1.2   Lulus semua kursus yang disyaratkan oleh sesuatu program pengajian; DAN

                             8.3.1.1.3   Memenuhi semua syarat dan keperluan kolej; DAN
                             8.3.1.1.4   Diperakukan oleh Senat.
                       8.3.1.2  Pelajar akan dianugerahkan skrol ijazah setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

                             8.3.1.2.1   Memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 2.00; DAN
                             8.3.1.2.2   Lulus semua kursus yang disyaratkan oleh sesuatu program pengajian; DAN
                             8.3.1.2.3   Memenuhi semua syarat dan keperluan kolej; DAN
                             8.3.1.2.4   Diperakukan oleh Senat.
                 8.3.2  Graduan diberi tempoh selama TIGA (3) bulan selepas Majlis Konvokesyen diadakan untuk mengambil
                       skrol. Bayaran perkhidmatan sebanyak RM100.00 akan dikenakan kepada pelajar jika menuntut skrol
                       melebihi tempoh tersebut.
                 8.3.3  Transkrip rasmi boleh dikeluarkan oleh pihak kolej sebulan selepas Senat mengesahkan senarai
                       graduan.
                 8.3.4   Salinan transkrip hanya boleh dikeluarkan kepada graduan yang telah bergraduat dengan caj perkhidmatan
                       sebanyak RM50.00 bagi setiap salinan.
                 8.3.5   Pihak kolej tidak menyediakan salinan skrol. Pihak kolej hanya menyediakan Surat Pengesahan Pengurniaan
                       Diploma atau Ijazah untuk tujuan penggantian kepada skrol yang telah hilang atau rosak. Bayaran
                       Perkhidmatan sebanyak RM50.00 dikenakan untuk pengeluaran Surat Pengesahan Pengurniaan
                       Diploma atau Ijazah.
                 8.3.6  Pelajar yang berhenti atau diberhentikan dari KPTM boleh memohon penyata keputusan semester
                       (semester result slip) dengan kadar bayaran sebanyak RM50.00.








                                                      41
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46