Page 40 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 40

8.1.3  Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif
                       Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif akan diberi kepada pelajar yang layak dan menepati kriteria
                       berikut:

                       8.1.3.1  Telah tamat bergraduat dalam tempoh pengajian minima yang ditetapkan; DAN
                       8.1.3.2  Berjaya memperolehi Anugerah Dekan pada setiap sesi pengajian; DAN
                       8.1.3.3  Tidak pernah disabitkan dengan apa-apa tindakan disiplin oleh JKTP atau JKTAP.

             8.2   Anugerah Kecemerlangan Akademik Konvokesyen
                 8.2.1  Anugerah Pingat Emas

                       Anugerah Pingat Emas akan diberi kepada pelajar yang layak dan menepati kriteria berikut:
                       8.2.1.1  Telah tamat bergraduat dalam tempoh pengajian minima yang ditetapkan; DAN
                       8.2.1.2  Merupakan  pelajar  yang  mempunyai  pencapaian  akademik  terbaik  dari senarai  bergraduat
                             sesuatu program pada sesi konvokesyen berkenaan; DAN

                       8.2.1.3  Tidak pernah disabitkan dengan apa-apa tindakan disiplin oleh JKTP atau JKTAP.
                 8.2.2  Anugerah Platinum

                       Anugerah Platinum akan diberi kepada pelajar yang layak dan menepati kriteria berikut:
                       8.2.2.1  Calon adalah terbuka kepada pelajar yang telah tamat bergraduat dalam tempoh pengajian
                             minima yang ditetapkan DAN mendapat CGPA 3.75 bagi program diploma atau Kelas Pertama
                             bagi program Ijazah; DAN

                       8.2.2.2  Cemerlang dalam bidang kokurikulum.
                 8.2.3  Penerima anugerah mestilah telah menjelaskan semua yuran yang ditetapkan.












                                                      40
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45