Page 39 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 39
8.0 PENGANUGERAHAN
8.1 Anugerah Kecemerlangan Akademik Senat
8.1.1 Anugerah Dekan
Pelajar sepenuh masa yang memperolehi GPA 3.50 bagi bidang teknikal atau 3.75 dalam bidang bukan
teknikal dalam programnya pada mana-mana semester akan dianugerahkan dengan sijil Anugerah
Dekan jika memenuhi syarat-syarat berikut:
8.1.1.1 Mengambil dan melengkapkan penilaian untuk kursus yang berjumlah sekurang-kurangnya dua
belas (12) kredit; DAN
8.1.1.2 Mendapat tidak kurang daripada gred B bagi semua kursus yang telah diambil dalam semester
berkenaan; DAN
8.1.1.3 Tidak mengulang mana-mana kursus dalam semester berkenaan; DAN
8.1.1.4 Tidak pernah disabitkan dengan apa-apa tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar
Kolej (JKTP) atau Jawatankuasa Tatatertib Akademik Pelajar (JKTAP) pada semester
berkenaan.
8.1.1.5 Program Usahasama Dan Profesional
i. Anugerah adalah tertakluk kepada kriteria ketetapan institusi usahasama
ii. Program yang tidak mempunyai sistem anugerah dekan, markah purata tujuh puluh
peratus (70%) atau lebih akan diterima sebagai kelayakan Anugerah Dekan
8.1.2 Anugerah Senat
Pelajar sepenuh masa dalam mana-mana sesi pengajian serta memenuhi syarat kredit minima seperti
perkara 3.3.7 di atas KECUALI pelajar yang menjalani Latihan Industri dan tidak pernah disabitkan
dengan apa-apa tindakan disiplin oleh JKTP atau JKTAP akan diberi Anugerah Senat sekiranya mencapai
mana-mana satu syarat berikut:
8.1.2.1 Memperoleh GPA 4.00; ATAU
8.1.2.2 Memperoleh markah sekurang-kurangnya 70% dalam semua kursus yang diambil bagi program
yang tidak menggunakan pengiraan GPA; ATAU
8.1.2.3 Mendapat sekurang-kurangnya dua (2) distinction bagi program profesional.
39