Page 37 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 37

7.0  RAYUAN AKADEMIK

                 Sekiranya pelajar tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi dalam satu-satu semester pengajian,
                 pelajar dibenarkan membuat rayuan seperti berikut:
                 i.   Rayuan Meneruskan Pengajian
                 ii.   Rayuan Penyemakan Semula Kertas Jawapan Peperiksaan Akhir
                 iii.   Rayuan Penyemakan Gred Kursus yang tiada Peperiksaan Akhir
                 7.1   Rayuan Meneruskan Pengajian

                      7.1.1  Pelajar yang telah memperolehi status Gagal Berhenti (DIS) atau Gugur Taraf (TMT) atau Gugur
                           Nama (WFC) dalam satu-satu semester pengajian boleh membuat rayuan untuk meneruskan pengajian
                           sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
                      7.1.2  Syarat bagi pelajar berstatus DIS mempunyai Mata Kekurangan tidak melebihi 12.
                      7.1.3  Rayuan untuk meneruskan pengajian hendaklah dikemukakan kepada Pengarah dalam tempoh
                           empat belas (14) hari selepas keputusan peperiksaan diumumkan secara rasmi.

                      7.1.4  Setiap permohonan rayuan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang rasmi yang
                           disediakan dan pelajar akan dikenakan yuran proses sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan).
                      7.1.5  Rayuan untuk meneruskan pengajian bagi pelajar berstatus TMT hendaklah dikemukakan kepada
                           Pengarah secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat makluman Gugur
                           Taraf dikeluarkan secara rasmi. Bagi pelajar yang selepas merayu dan diterima masuk semula
                           akan dikenakan yuran proses kemasukan semula RM100.00 dan denda pendaftaran lewat
                           RM300.00.
                      7.1.6  Bagi pelajar berstatus WFC akan dikenakan yuran proses kemasukan semula RM100.00 (tidak
                           dikembalikan).
                      7.1.7  Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar perlu mematuhi perkara 3.4 mengikut tarikh pendaftaran
                           yang dinyatakan dalam surat kelulusan rayuan.
                      7.1.8  Setiap permohonan rayuan akan dipertimbangkan dan diputuskan oleh JKRTAP. Sebarang
                           keputusan yang dibuat adalah muktamad.
                      7.1.9  Rayuan untuk meneruskan pengajian hanya boleh dibuat satu (1) kali sahaja sepanjang tempoh
                           pengajian.
                      7.1.10 Bagi  permohonan  TMT  dan  WFC  yang  diluluskan,  tempoh  pengajian  semasa  TMT  atau  WFC
                           diambil kira sebagai tempoh pengajian.


                                                      37
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42