Page 36 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 36
6.3.2.2 Pelajar perlu mengemukakan Borang Permohonan Peperiksaan Ulangan beserta dokumen
sokongan kepada Pengarah/TPA dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas keputusan
rasmi Peperiksaan Akhir diumumkan.
6.3.2.3 Peperiksaan Ulangan akan diadakan pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Senat.
6.3.2.4 Yuran proses ialah sebanyak RM300.00 (tidak dikembalikan) untuk setiap kursus.
6.3.3 Peperiksaan Semula
6.3.3.1 Senat KPTM berhak mengarahkan Peperiksaan Semula diadakan sekiranya berlaku
kebocoran soalan Peperiksaan Akhir.
6.3.3.2 Tarikh Peperiksaan Semula akan ditetapkan oleh Senat.
6.3.4 Semua peperiksaan bagi perkara 6.3, tidak terpakai bagi pelajar yang
6.3.4.1 disabitkan dengan ketidakjujuran akademik (perkara 9.1)
6.3.4.2 memperolehi status ‘ABX’ pada keputusan Peperiksaan Akhir
6.3.4.3 memperolehi status ‘BAR’ pada keputusan Peperiksaan Akhir
6.4 Keperluan Khusus Pelajar Istimewa
6.4.1 Pelajar Istimewa adalah pelajar kategori berikut dengan bukti dokumen sokongan yang sah:
6.4.1.1 Orang Kelainan Upaya (Rabun atau kecacatan melibatkan anggota menulis)
6.4.1.2 Kecederaan anggota badan
6.4.1.3 Dijangkiti penyakit berjangkit
6.4.2 Pelajar akan dibekalkan dengan alat bantuan atau Jurutulis (kakitangan bukan akademik) atau menyediakan
bilik khas bagi membolehkan pelajar kes di para 6.6.1.1 sehingga 6.6.1.3 menduduki Peperiksaan Akhir.
6.4.3 Tempoh tambahan masa peperiksaan rasmi boleh dibenarkan.
6.4.4 Perkara 6.4.2 dan 6.4.3 tertakluk kepada kelulusan Pengarah/TPA.
36