Page 35 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 35

6.3.1.2    Semua permohonan menduduki Peperiksaan Khas hendaklah dikemukakan oleh pelajar
                                secara bertulis dengan mengisi Borang Permohonan Menduduki Peperiksaan Khas beserta
                                dokumen sokongan kepada Pengarah/TPA dalam tempoh tiga (3) hari dari pelajar tidak hadir
                                ke peperiksaan kursus tersebut KECUALI bagi perkara 6.3.1.1 (v), permohonan perlu
                                dihantar selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum Peperiksaan Akhir bermula.
                        6.3.1.3    Sekiranya pelajar gagal memenuhi syarat perkara 6.3.1.2 di atas, pelajar berkenaan akan
                                diberi status 'ABX' dengan nilai gred 0.00 untuk kursus berkenaan.
                        6.3.1.4    Pelajar yang telah memenuhi syarat seperti perkara i hingga v di atas akan diberi status
                                'ABY' dan kursus berkenaan tidak diambilkira dalam pengiraan GPA dan CGPA.
                        6.3.1.5    Peperiksaan Khas untuk perkara 6.3.1.1 akan diadakan pada suatu tarikh yang ditetapkan
                                oleh Senat. Jika pelajar masih gagal menduduki Peperiksaan Khas yang dijadualkan, pelajar
                                perlu mendapat kebenaran Pengarah/TPA dalam masa tidak lewat dari dua (2) hari bekerja
                                setelah tamatnya peperiksaan kursus berkenaan. Pelajar akan diberi status ‘ABY’ serta perlu
                                mengulang semula kursus tersebut.

                        6.3.1.6    Tiada sebarang yuran proses dikenakan.

                  6.3.2  Peperiksaan Ulangan
                        6.3.2.1    Peperiksaan Ulangan boleh diadakan merangkumi perkara-perkara berikut:

                                i.  Kursus yang berdaftar pada semester semasa dan mempunyai Peperiksaan Akhir.

                                ii.  Penawaran Peperiksaan Ulangan sesuatu kursus tertakluk kepada kelulusan Dekan.
                                iii.  Pelajar telah menduduki Peperiksaan Akhir bagi kursus tersebut.

                                iv.  Markah Peperiksaan Ulangan hanya menggantikan markah Peperiksaan Akhir sebelumnya
                                   tanpa menukar markah kerja kursus asal.
                                v.  Gred yang diperolehi adalah gred yang TERKINI dan MUKTAMAD.

                                vi. Pelajar tidak disabitkan dengan kesalahan di bawah perkara 9.1.




                                                      35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40