Page 18 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 18
3.8.4 Pindah Kredit Horizontal
3.8.4.1 Pelajar yang masih dalam sistem (belum bergraduat) yang belum memiliki kelayakan
dan ingin melanjutkan pengajian pada peringkat yang sama:
3.8.4.1.1 Pindah Kredit dengan Gred dibenarkan.
3.8.4.1.2 Currency of knowledge mestilah lima (5) tahun dari mula program
pengajian di PPT asal.
3.8.4.1.3 Pelajar tidak gagal dalam program yang diikuti di PPT asal.
3.8.4.2 Pelajar yang telah bergraduat dan memiliki kelayakan dan ingin melanjutkan
pengajian untuk kali kedua pada peringkat yang sama:
3.8.4.2.1 Pindah Kredit Tanpa Gred dibenarkan
3.8.4.2.2 Tiada had pindah kredit jika pelajar berada di Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) yang sama.
3.8.4.2.3 Bagi pelajar yang melanjutkan pengajian untuk kali kedua di IPT yang
berbeza, tempoh permastautin (residential year) pelajar adalah
seperti berikut:
Ijazah Sarjana Muda – 1 tahun
Diploma dan Sijil – 1 semester
3.8.4.3 Pelajar sedang mengikuti suatu program dan dalam masa yang sama mengambil
beberapa mata pelajaran di IPT yang lain (contoh program mobiliti atau program
pertukaran pelajar), pindah kredit bagi situasi ini adalah mengikut dasar pindah
kredit dengan gred.
3.8.5 Kelayakan Melalui APEL
3.8.5.1 APEL - Pindah Kredit tidak dibenarkan.
3.8.5.2 APEL (C) - Pindah Kredit dibenarkan.
3.8.6 Permohonan pemindahan kredit hendaklah dibuat dalam masa 2 minggu semester pertama
pengajian bermula.
3.8.7 Setiap permohonan pindah kredit dikenakan caj pindah kredit sebanyak RM50.00 (tidak dikembalikan)
bagi setiap kursus.
3.8.8 Maklumat lanjut berkaitan proses pindah kredit perlu merujuk kepada Garis Panduan Pindah
Kredit Kursus ke Program KPTM.
18