Page 23 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 23

Pihak Kolej berhak menolak permohonan seseorang pelajar untuk mendaftar bagi sesuatu
                    3.3.5



                           kursus sekiranya kursus tersebut tidak ditawarkan pada semester tersebut.
                           Pelajar yang telah membuat pendaftaran kursus dibenarkan untuk menambah/gugur mana-mana
                    3.3.6

                           kursus dalam tempoh dua (2) minggu pertama setelah kuliah bermula.



                    3.3.7
                           Bilangan kursus yang boleh didaftar untuk satu semester:


                           3.3.7.1  Pelajar sepenuh masa perlu mendaftar untuk sekurang-kurangnya dua belas (12)

                                 kredit pada satu semester biasa KECUALI pelajar yang menjalani Latihan Industri.




                           3.3.7.2  Pelajar sepenuh masa program profesional perlu mendaftar sekurang-kurangnya dua


                                 (2) kursus pada satu semester kecuali bagi pelajar-pelajar yang akan menamatkan

                                 pengajian.

                           Pelajar sepenuh masa tidak dibenarkan mendaftar melebihi dari dua puluh (20) kredit bagi
                    3.3.8


                           program KPTM atau tidak melebihi empat (4) kursus bagi pelajar program profesional pada

                           satu-satu semester biasa pengajian.


                           Pelajar sepenuh masa yang berada di tahun akhir (2 semester terakhir) pengajian dibenarkan
                    3.3.9
                           mendaftar sehingga dua puluh tiga (23) kredit dengan kelulusan Pengarah/TPA.



                    3.3.10
                           Pelajar yang memperoleh status 'Amaran' pada satu-satu Peperiksaan Akhir semester pengajian
                           hanya dibenarkan mendaftar dua belas (12) kredit pada semester berikutnya.


                    3.3.11  Pelajar seperti dinyatakan di perkara 3.3.10 boleh memohon mendaftar lebih dari dua belas (12)



                           kredit sehingga enam belas (16) kredit dengan mendapat kelulusan JKA.
                    3.3.12  Bagi kursus yang mempunyai prasyarat, pelajar perlu lulus kursus prasyarat tersebut sebelum



                           mengambil kursus berkenaan.

                    3.3.13  Pelajar dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran kursus secara atas talian dan mencetak


                           Salinan Pengesahan Pendaftaran Kursus dalam tempoh selewat-lewatnya pada minggu ke-5


                           kuliah. Sekiranya pelajar gagal membuat pengesahan, pendaftaran kursus tersebut dianggap sah


                           dan muktamad.
                 4.5   Pendaftaran Kursus Setiap Semester
                     4.5.1   Pelajar dikehendaki mendaftar kursus berprasyarat berdasarkan urutan seperti yang dinyatakan
                            di dalam struktur program.
                     4.5.2   Walau bagaimanapun, pelajar mesti mendapat kebenaran JKA sekiranya ingin mendaftar dua
                            kursus berprasyarat secara serentak. Kebenaran berdasarkan kepada mengulang kursus
                            prasyarat di peringkat bawah dan mendaftar kursus prasyarat peringkat atas kali pertama secara
                            serentak.
                     4.5.3   Pelajar yang tidak memperolehi kredit atau minimum gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
                            di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), wajib mendaftar dan lulus kursus Bahasa Kebangsaan
                            A dalam Kumpulan U2 Mata Pelajaran Umum (MPU).
                     4.5.4   Pelajar yang gagal sesuatu kursus elektif boleh mengulang kursus elektif yang lain dalam kluster
                            kursus elektif yang sama tertakluk kepada penawaran kursus yang ditawarkan oleh kolej.
                     4.5.5   Pelajar dibenarkan mendaftar kursus yang setara dengan kebenaran Dekan berkenaan.
                 4.6   Permohonan Silibus
                 Permohonan silibus bagi tujuan menyambung pengajian di institusi lain boleh dibuat dengan mengemukakan
                 permohonan secara bertulis kepada pihak kolej.
                 4.7   Kehadiran Ke Kuliah
                     4.7.1   Pelajar wajib hadir pada setiap kuliah bagi semua kursus yang didaftar.
                     4.7.2   Pelajar yang tidak hadir ke kuliah disebabkan kesihatan mesti mengemukakan sijil cuti sakit
                            daripada Pegawai Perubatan.
                     4.7.2.1  Pelajar yang tidak hadir ke kuliah selain dari sebab kesihatan hendaklah mengemukakan sebab
                            munasabah secara bertulis kepada Pensyarah Kursus.
                                                      23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28