Page 13 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 13
2.4 Pertukaran Program atau Kampus Cawangan KPTM
2.4.1 Pelajar dibenarkan bertukar program pengajian atau Kampus Cawangan. Perkara ini tidak
tertakluk kepada syarat Pindah Kredit.
2.4.2 Permohonan pertukaran program di Kampus Cawangan yang sama perlu mendapat kelulusan
Pengarah/Timbalan Pengarah Akademik (TPA).
2.4.3 Permohonan pertukaran program yang sama di Kampus Cawangan berlainan perlu mendapat
persetujuan Pengarah/TPA dari kedua-dua Kampus Cawangan.
2.4.4 Permohonan pertukaran program di Kampus Cawangan berlainan perlu mendapat persetujuan
Pengarah/TPA dari kedua-dua Kampus Cawangan.
13