Page 14 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 14
3.0 PENDAFTARAN
3.1 Pelajar Baharu
3.1.1 Setiap pemohon yang telah mendapat tawaran untuk mengikuti mana mana program pengajian
hendaklah melapor diri tidak lewat dari dua (2) minggu dari tarikh lapor diri asal yang ditetapkan.
3.1.2 Mana-mana pemohon yang gagal melapor diri tanpa kelulusan Pengarah / Timbalan Pengarah
Akademik (TPA) dalam tempoh tersebut di perkara 3.1.1 di atas akan mengakibatkan tawaran
berkenaan terbatal dengan sendirinya.
3.2 Pelajar Sedia Ada
3.2.1 Pelajar sedia ada yang layak meneruskan pengajian hendaklah mendaftar semula tidak lewat
dari dua (2) minggu dari tarikh pendaftaran semula yang telah ditetapkan.
3.2.2 Pelajar sedia ada yang gagal melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa kelulusan
Pengarah/TPA, denda pendaftaran lewat akan dikenakan sebanyak RM50.00 pada hari pertama
dan RM30.00 pada hari bekerja berikutnya dengan jumlah maksimum RM300.00.
3.2.3 Pelajar sedia ada yang gagal melapor diri lebih dua (2) minggu dari tarikh lapor diri asal tanpa
kelulusan Pengarah/TPA, statusnya sebagai pelajar akan gugur dengan sendirinya dan diberi
status Gugur Taraf (TMT).
3.2.4 Pelajar sedia ada yang masih mempunyai hutang tertunggak dengan Kolej tidak dibenarkan
untuk mendaftar selagi hutang tersebut tidak dijelaskan kecuali dengan kelulusan Pengarah.
3.3 Pendaftaran Kursus
3.3.1 Pelajar yang akan meneruskan pengajian pada semester berikutnya WAJIB membuat
Pra-Pendaftaran Kursus (CPR) seperti dalam struktur program yang telah ditetapkan secara atas
talian (online).
3.3.2 Pelajar yang gagal membuat CPR seperti yang diarahkan boleh dikenakan denda RM30.00.
3.3.3 Pelajar perlu mengemaskini CPR berdasarkan keputusan peperiksaan yang diumumkan
selewat-lewatnya seminggu sebelum kuliah semester baharu bermula.
3.3.4 Pendaftaran kursus hendaklah dilakukan mengikut prosedur dan dalam tempoh yang ditetapkan.
Pelajar yang gagal berbuat demikian akan dikenakan denda lewat mengikut kadar yang ditetapkan
seperti perkara 3.3.2.
14