Page 16 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 16
3.4 Status Pelajar
3.4.1 Status pelajar tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
3.4.1.1 Mendaftar sebagai pelajar dengan Kolej untuk mengikuti program pengajian pada
tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan, dan
3.4.1.2 Menjelaskan yuran pengajian tidak lewat dari tarikh pendaftaran rasmi yang ditetapkan,
dan
3.4.1.3 Mendaftar kursus yang ditetapkan dalam pelan pengajian untuk semester berkenaan
dalam tempoh yang ditetapkan (rujuk perkara 3.3).
3.5 Gugur Status Sebagai Pelajar
Pelajar akan diberikan status Gugur Taraf (TMT) sekiranya tidak mematuhi perkara 3.4.1.
3.6 Penarikan Diri Dari Program Pengajian
3.6.1 Pelajar yang bercadang menarik diri dari program pengajian mesti mematuhi prosedur penarikan
diri dengan melengkapkan Borang Pelepasan Kolej dan menjelaskan semua tanggungjawab
kewangan dengan pihak Kolej.
3.6.2 Pemulangan wang bagi pelajar yang menarik diri adalah tertakluk kepada Polisi Pemulangan
Yuran KPTM.
3.7 Pengecualian Kursus
3.7.1 Pengecualian kursus tidak akan menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang
dikecualikan.
3.7.2 Pelajar perlu menggantikan kursus yang dikecualikan dengan kursus lain bagi mencukupkan
keperluan kredit bergraduat.
3.7.3 Permohonan pengecualian kursus hendaklah dibuat dalam masa 2 minggu semester pertama
pengajian bermula.
16