Page 17 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 17
3.8 Pindah Kredit
3.8.1 Pelajar yang bertukar program pengajian daripada Institusi pendidikan lain, pelajar yang
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di KPTM dan pelajar yang mengikuti
program mobiliti boleh dipertimbangkan untuk pemindahan kredit tertakluk kepada syarat MQA
dan syarat yang ditetapkan oleh KPTM.
3.8.2 Syarat Umum Pindah Kredit:
3.8.2.1 Gred lulus – gred minimum iaitu Gred C;
3.8.2.2 Nilai kredit – sama dengan nilai kredit kursus bagi program di IPT penerima;
3.8.2.3 Kesetaraan kurikulum kursus – tidak kurang 80%;
3.8.2.4 Kursus yang boleh dipindahkan kredit hendaklah daripada program yang telah
mendapat Akreditasi/Pengiktirafan dari badan yang berautoriti di negara berkenaan;
3.8.2.5 Gabungan dua atau lebih kursus daripada institusi asal boleh dipohon untuk
dipindah kredit ke satu kursus di KPTM;
3.8.2.6 Setiap kursus hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk dipindah kredit ke
satu-satu kursus yang dipohon; dan
3.8.2.7 Permohonan pindah kredit hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh
pengajian.
3.8.3 Pindah Kredit Vertikal
3.8.3.1 Sijil (Tahap 3, MQF) ke Diploma (Tahap 4, MQF) Pindah Kredit tanpa Gred dibenarkan
dengan pindahan maksimum sebanyak 30% daripada jumlah kredit program yang
akan diikuti.
3.8.3.2 Diploma (Tahap 4, MQF) ke Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) Pindah Kredit tanpa
Gred dibenarkan dengan pindahan maksimum sebanyak 30% daripada jumlah kredit
program yang akan diikuti.
3.8.3.3 Diploma Lanjutan (Tahap 5, MQF) yang turut memiliki Diploma (Tahap 4, MQF) ke
Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) Pindah Kredit tanpa Gred dibenarkan dan boleh
dipertimbangkan pindah kredit sehingga maksimum dua tahun pengajian program
peringkat ijazah sarjana muda (pelajar akan mengikuti tahun tiga program ijazah
sarjana muda).
3.8.3.4 Pindah Kredit daripada kelayakan yang lebih tinggi (contoh ijazah sarjana muda) ke
program di peringkat yang lebih rendah (contoh diploma) Pindah kredit tidak
dibenarkan.
17