Page 19 - KPTM - BUKU PERATURAN AKADEMIK PINDAAN 2017
P. 19

3.9    Penangguhan Pengajian
                           3.9.1   Pelajar boleh memohon penangguhan pengajian atas masalah kesihatan dan
                                  sebab-sebab yang munasabah dan diluluskan oleh Pengarah.

                           3.9.2   Permohonan penangguhan pengajian perlu dibuat:

                                  3.9.2.1  dua (2) minggu akademik sebelum Peperiksaan Akhir bermula bagi pelajar
                                         yang telah mendaftar pada sesi pengajian semasa
                                  3.9.2.2  selewat-lewatnya dua (2) minggu pertama kuliah bermula bagi pelajar
                                         yang belum mendaftar pada sesi pengajian semasa

                           3.9.3   Tempoh penangguhan pengajian yang boleh diluluskan untuk setiap permohonan
                                  adalah bagi satu (1) semester pengajian.
                           3.9.4   Tempoh penangguhan pengajian yang diluluskan atas sebab kesihatan dan
                                  sebab-sebab yang munasabah oleh Pengarah tidak diambil kira sebagai tempoh
                                  pengajian di kolej.
                           3.9.5   Permohonan penangguhan pengajian hendaklah dibuat dengan mengisi Borang
                                  Penangguhan Pengajian dengan menyertakan dokumen sokongan asal kepada
                                  Pengarah sebelum tamat permohonan seperti para 3.9.2. Permohonan penangguhan
                                  pengajian atas sebab kesihatan perlu disertakan dengan surat/laporan yang
                                  dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan dari klinik/hospital.
                           3.9.6   Kelulusan untuk penangguhan pengajian dan yuran-yuran berkenaan akan
                                  dipertimbangkan oleh Pengarah bagi semester semasa sahaja.

                           3.9.7   Pelajar akan dikenakan yuran proses permohonan penangguhan sebanyak
                                  RM100.00 (tidak dikembalikan).
                    3.10   Penggantungan Pengajian
                           Penggantungan pengajian ialah hukuman oleh JKTAP / JKTP yang mengakibatkan pelajar tidak
                           dibenarkan meneruskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Penggantungan ini diambil
                           kira sebagai tempoh pengajian.












                                                      19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24